dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Monday, December 3, 2012

medan tahrir 2 bahagian 2

23 November 2012

antara peristiwa yang berlaku rentetan daripada deklarasi ini ialah pembakaran pejabat parti FJP [ freedom and Justice Party @ jamiyah hurriyah wal adalah ]
trend penunjuk perasaan anti-morsi dilihat lebih radikal dan lebih agresif
saling membalas batu bahkan molotov

dan ramai dalam kalangan mereka hanyalah remaja
fakta ini membawa kepada satu teori bahawa mereka-mereka ini di upah untuk membuat kekacauan
dan ini bukanlah satu benda yang asing baik di malaysia mahupun mesir
sudah terbukti ketika revolusi yang lepas terdapat samseng-samseng yang diupah untuk membuat kacau bilau

24 November 2012

kali ini pejabat FJP di muhafazah [ negeri ] Damanhur diserang
ada satu korban jiwa

25 November 2012

himpunan menunjuk perasaan mula bertambah besar
terutamanya di pihak anti-morsi


27 November 2012

demonstrasi besar-besaran berlaku
pihak anti-morsi mengambil medan tahrir sebagai tempat demonstrasi mereka
demi mengelakkan konfrontasi penyokong pro-mursi memindahkan lokasi dan tarikh perhimpunan mereka di muhafazah kaherah
namun di muhafazah lain tetap dijalankan demonstrasi seperti yang dirancang
jadi berlaku pertembungan dan beberapa kecederaan dilaporkan

30 November 2012

perlembagaan sudah siap digubal dan diterima oleh presiden
perlembagaan ini merupakan satu kejutan kepada pihak anti-morsi
dan mereka menolak perlembagaan ini

1 Disember 2012

kali ini perhimpunan penyokong mursi berlangsung
dan sambutannya sangat hebat !
beratus ribu bahkan ada yang mengganggarkan jutaan orang yang terlibat dalam perhimpunan kali ini
yang di adakan di dataran Nadhah di depan Universiti Kaherah
ini kerana walaupun bilangan mereka sedikit
tetapi golongan anti-morsi enggan keluar medan tahrir
dan terus berkampung di sana
perhimpunan ini digelar Perhimpunan Jutaan Syariyyah Dan Syariat
dan ternyata demonstrasi berlaku dengan lebih teratur tanpa ada masalah besar yang berlaku
kerana-rata-rata yang datang menyokong perlembagaan baru yang dituduh oleh golongan penentang sebagai " terlalu islamik " ini ialah mereka yang berjanggut lebat
ternyata lebih ramai rakyat yang menyokong perlembagaan dan presiden mesir ini
ini membuatkan golongan anti-mursi terkelu
setakat sini saja peristiwa yang aku tahu
diceritakan dalam kronologi untuk memudahkan pemahaman

sedikit tambahan
beberapa teori telah dikeluarkan

1. bahawa ini merupakan salah satu cara untuk menghukum dr mursi yang memainkan peranan besar di dalam konflik gaza-israel
yang mana israel telah dihina dengan kekalahan yang memalukan

2. permainan politik oleh barat untuk menjatuhkan kerajaan yang islamik
ini berikutan perjumpaan antara hamdan sobahi dan geng-gengnya dengan duta israel
serta perjumpaan rahsia antara mereka dengan ketua hakim dan peguam negara
untuk membatalkan dewan dewan seperti yang disebutkan di atas

3. menjatuhkan mursi untuk diadakan pilihanraya semula
agar calon sekular dan liberal ini dapat menguasai tampuk pemerintahan

satu benda yang kita harus ingat ialah
mesir kini seolah olah satu negara yang baru lahir
semua orang mempunyai idea masing-masing untuk membina mesir yang baru ini
jadi bila mereka rasa peluang mereka dinafikan
maka ada yang bertindak khianat
dengan niat yang pada mereka bagus

pengajaran daripada peristiwa ini sangat banyak

1. keperluan untuk memilih ketua yang ingin mendirikan agama dan berakhlak mulia
2. kemudian setelah dipilih orang tersebut maka letakkan kepercayaan atau tsiqah kepada pimpinan tersebut
3. dunia politik ini sangat rumit. memerlukan pembacaan yang teliti dan penyambungan titik-titik yang tidak nampak persamaan pada zahirnya tetapi mempunyai kaitan yang sangat besar
4. golongan yang enggan menerima islam akan memberikan bermacam-macam sebab dan membuat bermacam macam perkara hatta pengkhianatan itu sendiri
5. perlunya ada satu sistem kehakiman yang telus jujur dan amanah dalam melindungi hak rakyat dan negara
6. majoriti orang baik yang senyap dan pasif itu akan digelapkan oleh minoriti yang tak betul tetapi aktif dan bersungguh-sungguh
7. keperluan bersifat tegas dan istiqamah dengan keputusan yang dibuat
8. mustahil untuk puaskan hati semua pihak namun tidak salah untuk cuba berbuat demikian
9. keperluan untuk membaca isu semasa dan mengambil pengajaran daripadanya
tak kan nak tunggu diri sendiri silap baru nak betulkan
elakkan selagi boleh
10. belajar medik sangat bosan kadang-kadang sampai aku boleh tulis tulisan macam ini panjang-panjang walhal buku tak baca lagi

Sumber:

status dan gambar daripada facebook ustaz abdul malik
http://www.facebook.com/abdul.malik.1481
http://english.ahram.org.eg/NewsContent/1/64/58946/Egypt/Politics-/New-decree-will-allow-Morsi-to-reinstate-Egypt-par.aspx
http://english.ahram.org.eg/NewsContent/1/140/47434/Egypt/First--days/Morsi-decree-sets-Egypt-presidency,-judiciary-on-l.aspx
http://english.ahram.org.eg/NewsContent/1/0/58936/Egypt/0/Egypts-President-Morsi-expands-power,-defies-judic.aspx
http://english.ahram.org.eg/NewsContent/1/64/59132/Egypt/Politics-/Presidency-assures-constitutional-declaration-is-t.aspx
http://english.ahram.org.eg/NewsContent/1/64/59248/Egypt/Politics-/Egypt-president,-after-decree,-tells-judges-only-s.aspx

p/s:
kepada yang tanya aku tentang medan tahrir
inilah jawapan aku
maaf lambat menjawab
benda ini sangat susah untuk ditulis

perlembagaan mesir aku tak hadam lagi
sebab banyak sangat dan aku malas dan sibuk [ poyo ]

berdendam itu awalnya memendam,
cubaan menanam dalam-dalam,
yang hasil akhirnya memadam,
segala kenangan manis kisah silam.

sometimes, to teach we inflict pain,
but it is not for vain,
as a teaching is always bitter,
but remember, it is always for better.


No comments:

Post a Comment