tetapi lebih kepada cerita metafora jambatan itu
jambatan fungsi asasnya adalah menghubungkan dua tempat
yang mana dipisahkan oleh laut atau gurun atau lubang yang dalam
ada manusia yang bersifat dengan sifat jambatan
manusia seperti ini sangat rare
dan sangat diperlukan dalam mana-mana komuniti
malah ini merupakan salah satu daripada perbuatan yang mulia
" maka apabila kamu terlihat akan satu pertelingkahan maka damaikanlah mereka "
namun menjadi jambatan ini ada beberapa downsidenya kadang kadang
rasa tanggungjawab untuk memastikan dua tempat itu kekal bersambung akan lahir
dan rasa itu tersangatlah berat
resmi jambatan itu menyambung erat,
setelah disambung dipijak pula,
terkadang lalu bebanan yang berat,
terus runtuh dan terpisah semula,
walau dipijak ramai manusia,
walau rosak badan senantiasa,
tidaklah mengeluh kesah akan si dia,
kerna arif, ukhuwah itu sangat berharga.
motif tulisan ini ada dua
satu untuk menyeru ke arah penyambungan silaturrahim yang terputus
seperti mana yang dilakukan oleh Sheikh Ali Jumuah terhadap dua keluarga besar di Giza baru-baru ini
dan kedua ialah untuk menjadi seperti tokoh ini yang menjadi jambatan antara dua pihak
marilah kita menjadi manusia-manusia rare yang mendamaikan pertelingkahan dua pihak
mana tahu, inilah satu-satunya amalan kita yang diterima ilahi ?
maaf itu mungkin sedikit hurufnya,
namun berat sekali timbangannya,
kalau enggan menuturkannya,
maka janganlah perbuat aniaya.
p/s:
apahal lah cheesy sangat tulisan aku kali ini
kahkahkah
1) jadi, kau apa? jambatan?
ReplyDelete2) apa pula beza jambatan dengan titi?
1)aku beruang
Delete2) beruang tak peduli titi ke jambatan
tak ada kena mengena langsung
lainlah kalau tanya salmon jantan ke betina
barulah kaum beruang tahu
beruang. tapi gambar kucing.
ReplyDeletemenyamar
Deletesiap bela tikus lagi
ini semua camouflage