dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, March 28, 2012

scotland [ edinburgh ]

jadi hari kedua sampai di uk
sepatutnya ikut rancangan asal kami gerak ke liverpool
tetapi memandangkan abang aku dah cakap edinburh lawalah, mantaplah
kami pun tukar plan
gerak ke edinburgh
naik train tiket pergi balik 32.40 pound = rm160 = LE 320
=,=
bankrupt pak cik
dan memang benar
edinburgh memang lawa
dengan rekaan old english hampir untuk setiap bangunan
just like you traveled back time
awesome

mula-mula keluar station macam biasa
sesat
jangankan nak jalan dekat luar
nak keluar daripada station pun sesat
noob betul
lepas itu lepas jalan-jalan tanpa arah lepak dekat scott's monument
lepas itu patah balik
nampak tourist information center
minta map situ, tanya-tanya sedikit kakak yang jaga
[ serius orang sana peramah suka betul aku ]

macam biasa orang marhaen kena masuk muzium free
kahkahkah
jadi kami pun masuk national museum of scotalnd
yang betul-betul bersebelahan dengan station itu
oh lukisan dalam itu sangat awesome
life-like betul
walaupun pakai cat minyak
sekarang ini, aku yang ada photoshop pun tak lepas nak lukis kucing
ahaha [ padahal noob tak tahu guna photoshop ]
inilah dia scott's monument
betul-betul luar station

lepas itu jalan pergi royal surgeon of scotland museum
budak mediklah katakan [ haha poyo ]
 masuk 3 pound kalau ada kad student kalau tak ada 5 pound
agak menariklah museum itu
aku suka betul masuk baca-baca benda menarik
tentang history
sakitlah tapak kaki aku diri lama sangat
aku terbacalah tentang origin ular dekat tongkat dalam simbol medik
yang ini pintu depan fakulti apa entah
tetapi nak masuk museum kena go through this building first
yang inilah pintu masuk museum
museum dia humble saja
tetapi dalam ini penuh ilmu
peh !

agak-agak petang keluar cari tempat sembahyang
nasib baik dalam nak cari-cari kedai makan
ternampak ada simbol bulan [ macam cerita sailormoon pun ada ]
apa lagi lari-lari
jumpa 
yay ! masjid pertama dalam jaulah

yay ! masjid pertama !
lepas solat jama' jumpa budak belajar ireland
karim ke akram nama dia
dia pun tanya kami dah pergi mana
lepas itu sound
kalau pergi edinburgh tak pergi castle dengan carlton hill tak jadi !
yang 2 dari kiri itulah penyelamat kami
kalau tak ada dia tak tahu nak pergi mana ahahah
[ kasihan ame ash jadi fotografer ]
borak-borak kejap
lepas itu pun sambung jalan
mula-mula gerak castle
dalam perjalan jumpalah gereja-gereja yang agak lawa binaan dia

salah satu gereja yang besar dekat situ
tak ingat nama dia apa
yang ini dari sudut pandang depan
#XX gereja-gereja dekat sini sangat banyak dan lawa. cuma satulah, tak ada orang sangat nak imarahkan
jangan masjid kita pun jadi macam ini sudahlah ya

masuk dekat universiti of edinburgh kejap
lawa gila !
tension betul 
lawa gila !
yang ini university edinburgh fakulti lain dekat bawah bukit castle

lepas itu gerak ke castle of edinburgh
lawa memang lawa
tetapi itulah
13.40 pound nak masuk
kami tak kaya
haha jadi ambil gambar dekat luar saja >_<
samalah dengan satu tempat itu
camera obscura
macam house of optical illusionlah
tengok luar saja
ahaha

yang besar dekat belakang itulah castle of edinburgh
dekat depan castle ada banyak berhala[ lol ] dan monumen ini salah satulah
petang-petang dekat nak maghrib itu gerak carlton hill
naik tangga ke carlton hill
lawa juga !
dah lah boleh tengok almost the entire city of edinburgh
nampak juga laut
ada monumen tak siap [ sebab tak cukup duit zaman dulu-dulu ]
sebelum maghrib
selepas maghrib
ambil-ambil gambar
tunggu maghrib
sebab nak tengok pemandangan waktu malam edinburgh
oooh lawanya

monumen yang tak siap sebab tak cukup bajet
antara monumen dekat bukit carlton
obelisk apa entah
macam lawa
ada banyak kubur sebelah dia
yang ini dekat puncak atas sekali dekat bukit
yang ini pun atas bukit carlton
dah malam
kami pergi masuk kedai-kedai baju

bangunan sebelah kedai baju
#XX harga barangan di england lagi murah berbanding edinburgh
jadi kalau nak shopping, shopping dekat londonlah
jalan-jalan tengok barang
sekali dah gelap
kenalah balik lancaster  T_T
sampai lancaster agak malamlah
tetapi memandangkan ada makanan best
kari kambing ke apa entah tak ingat
tidur dan bersedia untuk hari esok !

4 comments:

  1. amboi gaya. kaku semacam. macam askar jepun. ahaks!
    gambar gelap je. mendung ke apa sana
    dah habis belum cerita jalan ni?

    ReplyDelete
  2. askar jepunlah sangat

    tak ada sunshine sangatlah sana
    mungkin sebab nak snowing

    lambat lagi habis
    ahahah

    ReplyDelete
  3. aaa. siyes. gilaaa cantik gambar
    pandai gilaaa ambik gambar
    jeles jeles jeles
    >.<"

    ReplyDelete
  4. aku dah cakap kau
    kawan aku si ameash itu mantap tangkap gambar
    sayang satulah
    gambar dia yang orang lain [ aku ] ambil semua buruk
    dan senget-senget ahaha

    ReplyDelete