dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Monday, April 16, 2012

manchester manchester manchester 1

hari ketiga kami buat keputusan untuk ke manchester
agak terkejut dengan harga tiket yang kemahalan
almaklumlah kami ingat boleh berpoya-poya dengan duit lebih
seperti beli barangan mantap ke apa
menyesal tak ikut cakap aishah


macam mana pun memandangkan ada tour guide personal untuk manchester,
tenanglah juga jiwa
tak payah nak fikir mana
berbekalkan kredit celcom yang tak seberapa
aku berjaya juga telefon dia [ sampai manchester terus habis kredit aku ]
aku turun dekat piccadily station kalau tak silap
sebab dekat manchester ada 3 rail dekat-dekat
jadi no problem boleh tengok google map

sampai-sampai dia suruh gerak satu taman
nasib baiklah teknik membaca peta budak-budak ini handal [ aku sampai sekarang buta arah ]
tambah dengan instinct killer aku yang well refined ini
jumpalah taman tersebut
awkward juga jumpa mula-mula
maklumlah itu 2nd time aku jumpa dia yang aku ingat
kahkahkah
apa lagi aku pun buat nazi salute dekat dia
hahahaha
rasa nak lompat lombong pun ada masa ini
kahkahkah

nampaklah mereka berempat
dua budak sini dua budak mesir
[ nasib baik jumpa dua orang saja, 
kalau jumpa berpuluh puluh orang macam pergi spain 
nescaya aku akan mengamuk tahap petala ke 8 ]

naik bas beli tiket harian 
[ ini sepatutnya  beli return sudah sebab hari itu naik bas 2 kali saja ke sebab memang tak ada return tiket aku pun dah lupa ]
mula-mula gerak old trafford
bandar manchester paling tak lawa pada aku sepanjang aku jalan-jalan 2 minggi ini
kahkahkah
no offence ya 
berhala depan old trafford kahkahkah

untuk student bayaran masuk museum dengan stadium 13 pound 
[ ini yang paling murah antara arsenal, cheslsea dan MU ]
kalau setakat boleh masuk galeri aku cadangkan tak payah masuklah
buang masa !
tengok trofi lama-lama
memang hambar
tetapi MU ada beri tour guide
kira oklah
dengar dia bising-bising sedikit
cuma bulu hidung dia seram sedikitlah
kahkahkah

ini suasana dalam galleri dia
jumpa ada abang birmingham seorang dengan bini dan anak
tegur-tegur macam itu saja
masuk stadium ambil gambar apa patut
tengok padang dia yang memang canggih
rumput nak makan UV light pun ada mesin

nampak tak mesin banyak-banyak itu. itu gunanya nak supply UV ray untuk rumput.
sebab itu tak lompong-lompong macam stadium malaysia kahkahkah
ini tempat manager pihak lawan duduk
dalam gambar ini akulah maksudnya
dahlah masuk seat tak boleh bawa arak, rokok, chewing gum 
malaysia ? tak payahlah
berkepul-kepul asap
nak membunuh aku agaknya
main pun tak best ! 
[ emo kejap, padahal aku tak tengok mana pun bola-bola ini 
kahkahkah ]
dan ada jail dalam stadium untuk hooligan yang menggelabah sangat
ini dalam changing room dia.
bilangan appearance setiap pemain untuk MU

ini jersey dia gantung
tak ikut pun
main duduk saja
masing-masing kepala batu 
ini dalam changing room juga
zoom in version
lepas habis tour keluar cari aishah dengan athirah sebab mereka tak masuk pun
dan kami pun menghayun kaki ke arah  salt quay ke apa entah
masuk dalam mall lowry plaza kalau tak silap
makan tengah hari
makan dekat chicken cottage, restoran pakistan ala-ala kfc
not badlah

makan-makan sedikit
buat alas perut
banyak-banyak kedai situ ini saja yang halal  T_T
lepas itu solat jamak dekat tangga
haha
masa ini rasa janggal solat dekat tempat awam itu masih tak hilang
duduk mesir masjid lambak-lambak
tinggal kau nak pergi atau tak saja

lepas makan, aku teman budak-budak ini shopping kasut
kahkahkah
macam akhawat pun ada shopping kasut
selepas diracun oleh ameash aku pun beli satu kasut
maklumlah aku mana pernah beli kasut branded ini
ini dekat luar mall tersebut
lawa kan ?
ini versi endless road

depan muzium ada sungai
dia pun bantai main kanu
geram betul aku tengok
sungai dekat situ nampak lawa dalam gambar
tengok live hitam berkeladak
kahkahkah
dekat-dekat asar kami gerak ke imperial war museum 
lalu dekat media city [ nama dia macam ini sebab banyak pejabat media tv/berita dekat situ ]
reka bentuk bangunan dia agak menarik
bolehlah kalau nak lawan ampangan 
kahkahkah
media center
pandang depan media center 
salah satu bangunan dekat media center
ini jambatan yang kena redah untuk ke imperial war museum daripada mall tadi
versi sunset
masuk dalam muzium aku punya mode kanak-kanak pun mula keluar
banyak betul fakta-fakta sejarah tentang world war yang aku tak tahu ada disini
menariklah
ada video, senjata [ kalau main game tahulah ]
cuma sayang sebab dekat maghrib dia dah tutup
sayu gila hati

imperial war museum
yang awesome
naik bas pergi balik piccadily station
mula-mula janji nak balik maghrib
tetapi terlajaklah sedikit
sebab nak naik eye of manchester 
pada aku hambarlah
aku tak minat pun benda-benda macam ini
kahkahkah

sebelum pergi itu singgah muslim youth center dekat piccadily ini untuk solat
humble saja bangunannya
sambil-sambil itu explorelah kawasan situ sekejap
dah habis naik eye of manchester itu kami pulang ke lancaster hanya untuk kami kembali ke manchester esoknya untuk tragedi yang menyedihkan


bersambung

9 comments:

  1. awkward awkward. cuba tenang macam aku yang macho ni.

    tch! manchester ni bandar industrial revolutionlah. naturally, memanglah tak ada apa-apa. tapi historically, mantap ok.

    salt quays -> salford quays.

    bas dalam bandar mana ada return ticket. one way piccadilly-old trafford 2.50 pound. pergi balik dah 5 pound. day rider baru 3.70 pound maa. hesh!

    and..very much sorry for the ke-hambar-an tour ini.

    ReplyDelete
  2. awkward of course
    aku kan pemalu orangnya
    haha

    ha itulah namanya
    maklumlah ini semua ditulis berdasarkan memori singkat aku
    >_<

    ha betullah, sebab kau ada cakap hari itu kan
    dah ingat

    tak hambar pun, mantap ok
    hambar masa jumpa saja
    kahkahkah

    ReplyDelete
  3. aku suka kanu !
    eye of manchester = eye of london ke?
    waaa. kagum. xsampai Manchester lagik

    ReplyDelete
  4. kanu sedap tetapi menggelapkan
    kasihan aku yang dah sedia gelap
    kahkahkah

    nope, eye of manchester is eye of manchester
    eye of london dekat londonlah

    ReplyDelete
  5. i meant eye of manchester tuh mcm eye of london ke?
    HAHA >,<"

    eh, aku penah sampai manchester. tapi sehari.
    tue pun singgah umah kawan abah aku
    kitorg lepak newcastle lama lagi kowt
    tapi xigt sangat pun. igt hospital buruk die je
    HAHA >,<"

    ReplyDelete
  6. eye of london is way biggerlah

    aku sempat borak dengan awek newcastle saja
    kahkahkah

    ReplyDelete
  7. hospital buruk? T__T
    cubalah hargai architecture sikit

    ReplyDelete
  8. oh, tempat ni!
    tengok dalam tv
    semua dah pernah sampai kan?
    K.

    ReplyDelete
  9. yang hospital buruk itu bukan aku cakap ok aishah
    hahahaha

    tempat mana syaqienah oi
    tetiba nak emo
    hahaha

    ReplyDelete