jadi ramai orang macam tertanya-tanya
izzai masr annahardah ?
apa khabar mesir hari ini ?
jadi aku ingin bercerita
benda yang berlaku hari ini bukannya one off event
tetapi lebih kepada chain reaction
berasal dari satu peristiwa
lalu berlaku ripple effect
ramai orang ada pendapat mereka sendiri tentang permulaan demonstrasi besar-besaran ini
tetapi pada pendapat aku demo pertama bermula ialah pada ulangtahun peristiwa ahdas syari mohamed mahmoud
di dalam peristiwa inilah sheikh Imad Effat ulama azhar bertemu syahid di jalan Allah akibat di tembak
19 November 2012
kalau tak silap pada hari inilah bermula demonstrasi pertama
demo dibuat untuk menggesa pihak kerajaan berbuat sesuatu berkaitan dengan masalah ekonomi seperti pengangguran dan beberapa masalah lain
permasalahan timbul apabila ada beberapa penunjuk perasaan mengalami kecederaan yang agak teruk
dan kalau tak silap ada seorang yang meninggal dunia [ Gaber "Jika" Solah ]
berita kematian ini menimbulkan satu kesan berangkai
makin ramai rakyat mesir yang keluar untuk berdemo di jalan mohamed mahmoud itu
21 November 2012
berlaku gencatan senjata antara gaza dan israel
pada hari ini mood rakyat mesir sangatlah bagus
mereka bergembira kerana negara mereka bertanggungjawab menjadi orang tengah dalam menjayakan perjanjian ini
22 November 2012
mungkin dengan mengambil kira mood rakyat yang baik ini Dr Mursi mengeluarkan 7 deklarasi
[ tak mengikut urutan ]
1. pembicaraan semula semua kes yang berkaitan dengan revolusi
contohnya kes pemimpin korup, kes pembunuhan penunjuk perasaan yang rata rata tidak menemui keputusan mahkamah yang rakyat mahukan
tidak ada seorang pun yang disabitkan dengan hukuman bunuh dalam kes pembunuhan penunjuk perasaan pada 28 januari itu
2. arahan presiden tidak boleh dicabar di mahkamah
bermaksud arahan presiden bersifat muktamad dan terjalan secara automatik
3. presiden berhak mengambil tindakan untuk melindungi revolusi yang lepas
4. memanjangkan tempoh penggubalan perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan
5. presiden berhak melantik peguam negara selama 4 tahun bermula dari peguam negara yang baru
peguam negara tersebut hendaklah berumur lebih daripada 40 tahun
6. melantik Tala'at Ibrahim menggantikan Abdul Majid Mahmoud sebagai peguam negara yang baru
7. melindungi jawatankuasa penggubalan perlembagaan, shura council, upper house and lower house of parliment of egypt daripada tindakan mahkamah [ malas nak cari translation sebenar ]
deklarasi yang ke 2 dan 7 yang menjadi isu penentangan sebahagian rakyat mesir
dr mursi di tuduh sebagai diktator, malahan sampai ke tahap dikatakan firaun yang paling besar dan lebih bersifat lebih teruk daripada mubarak
ini kerana dr mursi kini memegang ketiga-tiga kuasa, judiciary, legislatif dan eksekutif
ini kerana dr mursi kini memegang ketiga-tiga kuasa, judiciary, legislatif dan eksekutif
deklarasi ini keluar bukan atas dasar diktator atau apa
tetapi atas dasar untuk mengembalikan semula mesir kepada satu pemerintahan yang stabil
ini kerana lower house of parliment of egypt [ tak tahu terjemahan kepada bahasa melayu ] telah diputuskan oleh mahkamah sebagai terbatal
mesir kini berada dalam satu situasi yang rumit
tanpa perlembagaan dan lower house yang berfungsi benar-benar mengganggu kelancaran sistem pemerintahan mesir
dr mursi pernah mengeluarkan satu arahan untuk menarik semula pembatalan dewan tersebut
malangnya, mahkamah sekali lagi menghalang tindakan dr mursi dengan membatalkan arahan presiden tersebut
perintah ini juga perlu berikutan beberapa perintah presiden yang sebelum ini dibatalkan oleh mahkamah
seperti isu pemecatan peguam negara yang [sengaja ] gagal dalam setiap kes-kes pembuktian korupsi dan kes revolusi yang berlaku
peguam ini dikatakan fulul [ remnant ] dari kerajaan lama
pemecatan ini gagal disebabkan mahkamah memutuskan peguam negara tidak boleh dipecat oleh presiden dengan begitu sahaja
bukan itu sahaja
terdapat usaha oleh pihak hakim untuk membatalkan syura council, upper house, dan jawatankuasa penggubahan perlembagaan
ini berkaitan dengan kes pembatalan lower house yang di beritahu sebelum ini
jika semua ini terbatal maka mesir akan berada dalam keadaan huru hara
sistem legislatifnya akan jatuh
ini akan membuat kacau bilau kembali ke mesir
jadi kita dapat lihat, kebanyakan usaha dr mursi ditentang oleh mahkamah
ini kerana, ramai di antara hakim merupakan fulul [ bekas orang-orang mubarak ]
jadi disitu ada satu keperluan untuk dia melangkaui kuasa judiciary [ kehakiman ] sekarang
kerana ketua tanpa kuasa apa gunanya ?
dan perkara inilah digunakan yang digunakan oleh penyokong liberalis dan sekularis yang bersifat anti-mursi
mereka menyebarkan kepada orang ramai bahawa dr mursi adalah diktator, berkuasa mutlak, firaun
dan berbagai lagi
maka rakyat mesir ada yang termakan dengan kata-kata ini
sedangkan dr mursi sudah katakan bahawa deklarasi ini hanya bersifat sementara
hanya sehingga perlembagaan diluluskan
dan arahannya yang tidak boleh dicabar hanyalah arahan yang berkaitan dengan kedaulatan negara
tetapi orang kalau dah degil nak buat macam mana
antara yang kuat menentang ialah hamdan sobahi [ parti sosialis, bekas calon presiden ] el baradei [ bekas calon presiden yang dibatalkan kemasukannya ] amru musa [ fulul ]dan ketua hakim serta ketua kelab peguam
sedangkan ramai peguam yang bersetuju dengan deklarasi dr mursi ini
perlu diingat
sejak dari tarikh ini berlaku demonstrasi hampir setiap hari
cuma yang berbeza hanyalah bilangan orang yang menyertainya
bersambung ke bahagian dua
salah tulis tarikh. should be november.kan.
ReplyDeleteaku dah tukar dah semalam
Deleteahhhhhh
terima kasih sebab betulkan