tahu tahu dah masuk tahun baru
adalah dua tiga orang tanya kenapa tutup blog aku
macam biasa aku beri jawapan vague
entah faham, entah-entah tak faham
hari-hari akhir tahun 2011 aku tamatkan dengan beberapa sifat yang ramai orang benci
immature, irresponsible, mengada-ngada [ tahap minta pelempang ]
itu tak pergi, ini tak pergi
itu tak buat, ini tak buat
memang layaklah kena sepak cuma sayang tak ada orang yang sudi sepakkan
kalau tak, mesti berhenti buat kerja bangang cepat sedikit
banyak pengajaran aku dapat
kalau masa sihat kita tak gerak ke kelas
nanti masa sakit kita akan mengalami dilema
nak datang, sakit
nanti batuk-batuk mengganggu orang lain nak belajar [ alasan ]
tak datang, nanti orang kata saja-saja tak datang [ siapa suruh kau buat orang susah nak husnuzhon dengan kau, padan muka ]
tetapi itulah kali pertama aku tak datang kelas sebab memang tak nak datang
biasanya sebab tidur terlebih-lebih [ beruang kena selalu hibernasi ]
tetapi hari itu aku bangun, mata cerah, tetapi
tetapi hari itu aku bangun, mata cerah, tetapi
memang hati aku tekad tak nak datang
jadi aku duduk atas kerusi aku main komputer kejap
tak ada feel, kepala tension
aku agak-agak budak-budak dah balik kelas
aku siap-siap, aku keluar cari makan
singgah rumah kawan aku, aku makan
tak ada feel,
aku pergi rumah kawan lagi satu
sampai-sampai rumah, dia tengah telefon
terus aku masuk bilik dia tidur atas katil dia [ tak ada point datang rumah orang tidur ]
ini satu lagi masalah aku
semua benda aku cuba selesaikan dengan tidur
demam = tidur
batuk = tidur
belajar = tidur
malas = tidur
tension = tidur
dan sah-sahlah kali ini pun tak selesai masalah aku dengan tidur
lepas tidur 3-4 jam, aku bangun
aku balik rumah tetiba adik aku minta skype
aku pun fikir, ada orang kata bila dah lama tak call family kita jadi tak betul
aku pun skype dengan bonda tercinta
skype-skype pun tak ada feel lagi
lepas itu aku terfikir
mengada-ngada betul aku sekarang ini
mengada-ngada pada konteks yang lebih besar
contohnya ada kuiz tak nak buka buku, bila tak dapat jawab mengamuk
kan mengada-ngada namanya
ada makanan tengah hidang, malas nak makan
lepas itu complain lapar
kan mengada-ngada namanya
mengaku sendiri malas
lepas itu kata nak rajin
tetapi tak buat apa usaha pun untuk jadi rajin
lepas itu complain malas sangat
kan mengada-ngada namanya
kata sakitlah apa bagai
lepas itu suruh makan ubat tak nak
lepas itu tak sihat nak mengamuk-ngamuk
kan mengada-ngada namanya
kata selalu tak pergi kelas sebab tertidur
lepas itu tidur lepas subuh
lepas itu tension tak dapat pergi kelas sebab tertidur
kan mengada-ngada namanya
dulu kalau mengada-ngada ada orang tolong tempikkan
ada orang tolong lempangkan
ada orang tolong sebatkan
sekarang kena pandai-pandailah hidup maa
kalau cerita nak kahwin bukan main galak
aku lempang pengsan 3 tahun tahulah
[ tetiba aku mengamuk apahal ]
semua orang mengalami nervous tension/stress
tetapi kadang-kadang stress itu bertambah-tambah bila
kita tak tahu apa puncanya
macam kes aku
bak kata pepatah
dahlah jatuh, dagu makan simen, tangga pula hempap belakang, kena sepak dengan member sibuk update status facebook pakai handphone jenis tak nampak jalan, kena gelak dengan awek-awek lagi
nasib kaulah maa
dah aku nak sambung tulis post kedua
p/s: kasihan mouse aku jahanam kulit luar dia
sekarang boleh tekan left click sahaja sebab kena baling
kena cabut dengan aku sebab mengamuk tak tentu hala
hahaha
sekarang boleh tekan left click sahaja sebab kena baling
kena cabut dengan aku sebab mengamuk tak tentu hala
hahaha
shoutmix free dah tak ada
nanti aku install barulah
kalau ada cadangan pun boleh beri
nanti aku install barulah
kalau ada cadangan pun boleh beri
hahahahahaha. lagi lagi !
ReplyDelete*mengada-ngada!*
sabarlah
ReplyDeleteaku tengah menulis dengan tangan lembab sebab sejuk maa
hahaha
kesian kau ni abul
ReplyDeletekawen je lah, at least ade orang nak tolong bebelkan.haha. ade senior 6th yr kat sini kata dia nak grad habiskan tahun 6 pun sebab fikir dah ada anak isteri, kesian bagi tunggu lama-lama.
sorilah kalau cadangan tak berapa nak membina.keh2
aku bukan tak nak kahwin
ReplyDeleteaku tak nak orang kahwin dengan aku
faham ke ?
kau simpan jelah fahaman kau tu sorang2 -.-
ReplyDeletepada aku hadiah paling mantap kau boleh beri pada isteri ialah bimbingan ke syurga
ReplyDeleteaku rasa tak dapat beri lagi sebab itu aku tak nak
ada faham ?
isk
ye, aku malas nak lebih2 sebab slide farmaco lebih memerlukan aku sekarang ni
ReplyDeleteha, pergilah baca sana oiii !
ReplyDeletepost ini buat aku terasa
ReplyDeletemengada-ngada betul -____-"
aku tengah kutuk diri sendiri yang kau terasa kenapa
ReplyDeletesibuk ! miahahaha