matanya
dilihat, redup senantiasa
sejuk
hati, itulah apa yang ku rasa
kudrat
diguna, membina minda
supaya
ilmu, penuh di dada
menyiram, dan membaja penuh sabar
kini
melihat, bunga dan buahnya mekar
yang
di ajar, bukanlah seorang dua
mencecah
ribuan, merasa ilmunya
tangan, yang dulunya halus
kini, masih kekal, gebu dan mulus
kalau
dulu, tangannya putih berkapur
kini kuning berkunyit, bahana dapur
kalau
dulu, hayunan tangannya mendodoi anak
kini, tangan yang sama, mendodoi cucu yang banyak
senyum
manisnya, melembutkan rasa di jiwa
tangis
matanya, membakar marak rasa di jiwa
nasihatnya
membekas, meninggal tanda
sindirnya
pedas, mengalahkan lada
moga
segala yang baik, dia merasa
kerana
di mataku, tidak terhitung jasa !
dialah
ibuku,
dialah
guruku,
dialah
permaisuriku,
selamat
hari lahir ke 17, anakanda ucapkan,
jauh
dari mesir, yang masih ditekan
from mesir
with ♥
abul akmal
arif bin anuar
p/s: cerita
penipulara aku sambung kemudian
doakan bonda
saya terus sihat dan bahagia ya kawan-kawan
ramai orang tanya
tentang umur bonda saya
02/05/1953
itu tarikh lahir
tetapi bonda saya special
selepas1970 bonda saya maintain muda sampai sekarang :D
ayahanda saya pula 29/03/1945
kena beritahu awal-awal
sebab kalau nak ambil hati aku
kena ambil hati parents aku dulu
kahkahkah
ramai orang tanya
tentang umur bonda saya
02/05/1953
itu tarikh lahir
tetapi bonda saya special
selepas1970 bonda saya maintain muda sampai sekarang :D
ayahanda saya pula 29/03/1945
kena beritahu awal-awal
sebab kalau nak ambil hati aku
kena ambil hati parents aku dulu
kahkahkah
:')
ReplyDeletemoga bahagia dunia akhirat.
terima kasih :)
ReplyDelete