dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, April 23, 2014

radio silence 2

bersambung daripada tulisan lepas
bercerita perihal medium sosial maya
sebelum mula nak perdengarkan satu frasa yang diletakkan di blog aku yang sangat berkait rapat dengan tajuk kali ini
The greatest enemy of knowledge is not ignorance, it is the illusion of knowledge
juga satu pesanan daripada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya
Tidaklah aku takut akan apa yang kau faham, tetapi aku takut akan apa yang engkau rasa engkau faham
kalau kita lihat formula atas ini seakan-akan betul
tetapi hasilnya sesuatu yang mengarut
ini adalah hasil daripada pengaplikasian dalam mana pemahaman terhadap formula tersebut tidak sempurna ataupun salah sama sekali

benda ini berlaku dalam skala yang lebih kecil tetapi dalam kuantiti yang lebih besar di medium sosial maya
kisah MH370 sahaja ada beberapa kisah penceritaan yang berbeza
belum masuk cerita ilmu ilmu yang disampaikan dan disebarkan di medium tersebut
status atau tweet yang sama akan tetapi disebabkan berbezanya minda manusia
berbagai bagai pemahaman keluar
yang lucunya, ada yang menganggap dirinya lebih faham tulisan tersebut daripada penulis itu sendiri
seperti kisah seorang guru yang terlebih mengekstrak makna langsir biru dalam sebuah puisi kepada kekecewaan dan kemurungan, walhal penulis guna warna biru kerana itu warna kegemaran penulis sahaja !

antara peringkat permulaan belajar itu ialah menyedari akan kebodohan diri
dan sifir si bodoh itu bukanlah mengajar tetapi belajar
kalau tak tahu diam dan bertanya
malangnya yang berlaku adalah sebaliknya
tampak si bodoh itu lebih jaguh dari yang berilmu

menyedari hakikat kebodohan diri,
maka langkah mendiamkan diri sendiri adalah antara langkah yang perlu diambil pada masa itu
itu belum dikira faktor narcissism yang makin menjangkiti warga moden termasuk aku sendiri
kahkahkah

ayat hujah klise yang biasa digunakan untuk mematahkan dan menyalahkan ayat dari lidah orang yang berilmu itu ialah
Tidaklah manusia itu boleh lari dari kesilapan [maksum] melainkan al-Rasul
dia terlupa, orang pertama yang sepatutnya klausa itu digunakan adalah diri sendiri !
kerana yang pasti, dia bukanlah rasul, tetapi tidak
klausa itu hanya digunakan pada orang lain sahaja
dia terlupa satu pepatah lama
Satu jari menunjuk ke depan, bakinya menunjuk ke diri sendiri!
lucu bukan ?
haha

kita perlu kembali pada resmi asal
sedar akan kebodohan sendiri
dan berhenti berlagak pandai

yang lagi lucunya, penulis [aku] pun termasuk dalam golongan bodoh yang memekak
kahkahkah
elok kena lempang sampai betul posisi otak atau sekurang kurangnya sampai berlekuk dahi yang boleh menjadi kawasan tadahan air hujan
haha

p/s: banyak lagi benda nak tulis tentang narcissism tetapi nantilah
tengok mood macam mana
tetapi sebagai permulaan,
berhentilah merasa kita satu satunya insan yang merasa sedih
satu satunya insan yang diuji
satu satunya insan yang dizalimi
satu satunya insan yang memiliki muka dan kamera
kahkahkah

"aku buat baik saja dekat dia, tak sekali pun aku buat jahat dekat dia. Kenapa dia buat aku macam ini"
balas aku mudah saja
ya ke ? ya ke kau tak buat jahat langsung
ke itu perasaan kau saja ?
burnnnn
psttt
hahaha

teringat kata kata bruce banner
sesuatu benda/orang/situasi tidak semestinya sama dengan apa yang kita fikir
kita ada buat benda yang orang tak kan jangka kita buat
begitu juga dengan orang lain

siapa dapat teka kesalahan formula matematik di atas tanpa melihat internet aku belanja dia
ha, apa macam
berani ?
muahaha

6 comments:

  1. aku suspek no tiga punca salah... hahahha mohon bagi jawapan... kahkahkah
    -raden-

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah
      bukan no 3
      hint= infinity

      p/s: kau tak letak -raden- pun aku tahu siapa
      nama kau bukan main panjang dekat atas itu
      hahaha

      Delete
    2. kejadah hint mcm tu??? mcm2 aku boleh tafsir...
      1. terlalu bnyk salah smpai infinity
      2. aku malas nak berpikir lahhh..

      Delete
    3. haha memandangkan kau seorang saja yang jawab aku beri jawapan teruslah
      step ke lima
      nah tengok
      http://en.wikipedia.org/wiki/Mathematical_fallacy#All_numbers_equal_all_other_numbers

      Delete
    4. cehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... sipi2 la jwapan tu...HAHAHAH

      Delete