pada asalnya ini adalah mogok
mogok dari menulis benda yang bodoh
sebab pada asalnya rasa macam tak kena
kalau menulis something of no value
waktu mesir tengah serabut
nampaknya hari ini mogok itu tamat
sebab tulisan kali ini pun agak bodoh
...
mesir masih sama
seperti yang ditinggalkan dulu
presiden ke 5 nya masih digulingkan
dan pihak tentera masih lagi berpengaruh besar dalam menentukan hala tuju negara
hari demi hari masih ada rakyatnya yang menerima balasan buruk kerana menyokong presiden ke 5 nya
kini dramanya bersambung di mahkamah
pengakhirannya masih kabur
...
rakyat malaysia di mesir pun tak kurang juga perangnya
tetapi bukan askar yang menjadi sasaran
tetapi kawan kawan
bukan juga peluru besi yang dimuntahkan
tetapi kata kata yang tajam, yang mengguriskan
hanya kerana berbeza pilihan, berbeza keinginan
walhal mana mana pilihan dalam hal itu bukanlah haram berdosa
mungkin murah sangat tali persahabatan yang dicanangkan
yang pasti, ini bukan kali pertama pilihan yang berbeza itu mengundang pergeseran
dan tentunya ini bukan kali terakhir
...
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga pilihan diberi,
mesir juga tempat berjuang.
pantun yang agak poyo
berjuang konon, padahal tidur
nak baca masa jadi mc umum hari itu
tetapi terlupa sebab nervous sangat
preparation penting rupanya dalam menjadi mc ini
jenaka yang dilontarkan juga macam tak dapat sambutan
noob betul rasa
...
half truth
banyak sangat dah digunakan
suka sangat berbelit belit jawapan
seolah semuanya rahsia yang perlu di simpan
itu belum masuk penipuan dalam tulisan
pun dah banyak kali dibuat
ayat yang tampak indah diluar
tetapi kosong didalam
yang dihiasi oleh penipuan
entah entah yang atas atas ini pun penipuan
haih
assalam. woi abul.. lama gak ko bertahan dalam industri blogging kan.. budak2 lain mcm da tak update pun..
ReplyDeletewaalaikumussalam
Deletemungkin sebab aku tulis sebab aku nak tulis
bukan sebab nak orang baca
hahaha
bagoss..aku suke pendapat kau
ReplyDeletebaguslah sangattttt
Deletehaha
mana ada orang tulis blog lagi
ReplyDelete