dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Monday, January 6, 2014

2014

setiap dari kita ada certain perbuatan yang kita tak suka 
bila ada orang buat dan kita nampak
kita akan macam
"urgh !"

tetapi dalam tak sedar
terkadang kita terbuat perbuatan tersebut
kita menjadi double standard 
orang buat tak boleh, kita buat boleh

begitu juga dengan benda yang kita suka orang buat untuk kita
bila orang buat dekat kita 
kita rasa seronok, gembira
tetapi kita tak pernah nak buat benda itu dekat orang lain

sebab kita sibuk menyebut "kita" secara zahirnya
walhal hakikatnya, 
yang kita zikirkan 
hanyalah aku, aku dan aku

paling senang cakap
lepas itu buat
dan yang ketiga buat dengan hati yang rela
biasanya sampai tahap cakap sahaja

macam yang tengah tulis inilah
baru tahap 1
buatnya tidak
duh !

addict + substance = catastrophe 
addict + substance + enabler = apocalypse

lari dari realiti itu mudah
tidur dan tutuplah segenap deria 
yang payah,
mencucuk buih buih mimpi
dan berhadapan dengan realiti


No comments:

Post a Comment