dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Tuesday, December 21, 2010

abang?

entri kali ini bukan entri ilmiah,
aku hanya ingin menceritakan tentang panggilan nama
pada pandangan aku yang tidak kabur ini (sebab aku tak rabun).
buat pengetahuan, aku amat jarang-jarang sekali
memanggil orang yang lebih tua sedikit daripada aku [abang]
hatta abang biologi aku yang usianya kini mencecah 32 tahun
aku panggil dengan panggilan "abul" sahaja
dan aku mempunyai 7 orang abang termasuk yang sudah pergi
dan semuanya aku panggil dengan nama
dan adik aku juga memanggil aku dengan nama
ini bukan isu besar pada aku
tetapi aku pernah hampir-hampir dilayangkan kerusi dan penumbuk

atas isu ini ketika bersekolah agama dahulu
muahaha (ya aku pernah sekolah agama pada tingkatan 4 dan 5)
nak dijadikan cerita,
aku dan abang-abang aku yang rapat umurnya berbincang
nak panggil apa kakak ipar aku
kahkahkah
nak panggil nama nanti lain pula dia rasa
nak panggil kakak tak biasa
kahkahkah

sampai di mesir pun aku jarang memanggil senior-senior aku dengan panggilan [abang]
aku rasa janggal
dan aku akan rasa suatu kemalasan untuk berbual dengan mereka yang dipanggil [abang]
aku lebih selesa berbual dengan mereka yang berbual menggunakan [aku, kau] dan [gua, lu]
kahkahkah
adakah ini tanda kekurang-ajaran matematik dan sejarah aku??
mungkin definisi hormat aku dan mereka yang lain berbeza
aku ada guna [abang]
tetapi itu hanyalah kepada penjual goreng pisang dan
manusia-manusia yang aku langsung tak kenal
kahkahkah

namun dalam penggunaan [ana, enta] ini
kemalasan aku bila berbual dengan orang begini tidaklah
seteruk dengan orang yang dipanggil [abang]
jadi, untuk merapatkan ukhuwah aku dan mereka
aku dengan keganasan, kekacakan dan keberanian
memanggil senior-senior aku tanpa panggilan [abang]
( atau adakah mereka lebih selesa di sama tarafkan dengan penjual kedai )
kahkahkah

cuma aku nak tanya di sini
apakah definisi hormat?

p/s: ke nak aku panggil ustaz? aku tak kisah. ustaz itu special case. kadang-kadang aku panggil boss sebagai cara untuk tidak memanggil abang
miahahahha

21 comments:

  1. hahaha..adik abul!

    gua memang dgn orang tua walaupun setahun tetap panggil abang.

    memang dididik sopan santun..keh keh keh

    ReplyDelete
  2. kahkahkah
    boss lain

    aku sopan juga
    kalau tengok aku jalan depan orang
    mesti nampak aku tunduk sedikit
    miahahaha

    lain adat wal uruf kita

    ReplyDelete
  3. kahkahkah
    kawan sebatch kau lah yang nak melayangkan kerusi dan penumbuk itu
    kau tahu tak
    kahkahkah

    ReplyDelete
  4. "cuma aku nak tanya di sini
    apakah definisi hormat?"

    Pada pandangan saya,
    hormat bermaksud memberi penghargaan. Kita melakukan/meninggalkan suatu perbuatan yang buat orang rasa dihargai.

    Lain orang, lain caranya. Lain keadaan, lain juga kaedahnya.

    Termudah, ikut garis panduan yang Islam telah ajarkan.

    Misalnya, memanggil orang mestilah dengan panggilan terbaik yang disukainya.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. bagus
    ini yang aku nak
    menjawab soalan
    sila contohi ya cik anas
    miahahaha

    satu definisi yang agak menarik cuma terlalu umum

    tetapi kalau di antara dua pilihan,
    panggilan yang dia paling suka tetapi aku tak suka, panggilan yang dia tak kisah tetapi aku suka dan panggilan yang dia tak suka dan aku pun tak suka?

    terima kasih

    ReplyDelete
  6. waktu aku form 1,aku diminta oleh mak aku untuk tukar panggilan yang aku gunakan untuk abang aku, daripada nama kepada 'abang'. awal2, aku tergelak terguling2 panggil diorang abang. tapi sekarang dah sebati.

    maka,cuba dan practiselah sampai kau suka 'abang'. kehkeh

    ReplyDelete
  7. abang aku cakap:
    "panggil je name.apa guna nama yang mak beri."
    hahaha

    berat mulut aku nak panggil abang2/kakak2 ni..
    hahaha
    abang aku sendiri pun aku tak panggil abang,ni kan pula abang orang lain
    kui3
    -sekadar mencelahh-

    ReplyDelete
  8. ala biasa la tu laki tak panggil orang yang lagi tua dengan panggil abang.

    bukan setakat tua setahun dua tahun, tua 7 tahun pun tak panggil abang

    tak perlulah melayang kerusi penumbuk bagai.

    muahahahahah

    ReplyDelete
  9. nousya: aku pun prefer boss. sebab itu aku panggil boss. dan rasanya darjat boss lagi tinggi daripada abang kan kan kan
    kahkahkah

    aishah: masalahnya mak aku tak suruh lagi
    macam mana nak buat?
    kahkahkah

    wani: bila masa abang kau cakap? pandai-pandai sahaja kau
    kenapa tak panggil abang ____ isi tempat kosong dengan nama. jawapannya ialah sebab aku malas
    miahahah
    kes aku pun sama dengan kau. abang sendiri aku tak panggil abang, tetiba nak panggil abang orang lain abang. tak sedap hati

    aziellah: semangat-semangat. sampai post komen 2 kali. orang macam ini yang kita nak
    muahahaha
    kebiasaan tak semestinya betul kan kan kan

    yang melayangkan itu bukan aku tetapi senior sekolah lama kau
    kahkahkah
    p/s: gelak sopan sedikit. hihihi

    ReplyDelete
  10. asalkan kau dan dunia sekeliling kau bahagia dengan peghazafan istilah ABANG dari mulut kau.:D

    ReplyDelete
  11. aku tak hazaf
    cuma aku gunakan pada golongan yang lain sahaja
    macam mana?

    ReplyDelete
  12. hahaha
    aku dah agak
    batch aku memang agak extreme bab-bab melayangkan kerusi ini
    nampaknya kau salah satu mangsa rupanya
    hanya kerana 'abang?'
    haha
    aku macam boleh teka 'abang' mana yang baling kerusi itu

    ReplyDelete
  13. kahkahkah
    tetapi dia silap pilih mangsa
    aku lagi menyakitkan hati adalah
    silalah faham
    aku daripada smk seri ampangan
    kahkahkah

    tekalah
    aku ingat nama nick dia sahaja
    hahaha

    ReplyDelete
  14. silalah faham
    aku daripada smk seri ampangan
    kahkahkah

    macam siot sahaja ayat kau ni
    hahahahaha

    ReplyDelete
  15. jujurlah wani
    apa pandangan kau tentang smk seri ampangan punya budak?
    kahkahkah

    ReplyDelete
  16. macam sekolah dalam cerita crows zero?
    kahkahkah
    taiko bai

    ReplyDelete
  17. apa yang kau buat selaku budak smk seri ampangan yang boleh menyakitkan hati 'abang' itu?
    macam menarik saja jika difikirkan.

    sebelum aku teka nama beliau, aku yakin beliau adalah seorang KP dan rasa-rasanya, beliau adalah ketua aku dalam exco kekemasan diri.
    benar?
    jika benar....HAHAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  18. oh tak
    aku cuma berlagak bodoh
    dan buat-buat tak dengar bila dia cakap
    suruh dia ulang 3-4 kali
    lepas itu tak panggil dia abang
    hanya berbahasa [aku, kau]

    kp sudah pasti. exco kekemasan diri?
    ku pun aku tak kenal inikan pula exco kekemasan diri
    kahkahkah

    ReplyDelete