dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Monday, March 18, 2013

ribut

sampai bila kau mahu buat aku serabut,
akar ketenangan aku telah pun kau cabut, 
apa sampai musnah semuanya, 
baru kau rasa puas dan lega ?

aku pergi menumpang teduh
dibawah pokok yang aku sangka utuh
maklumlah itulah pokok terbesar
ternyata kiraan aku ini tersasar



pokok besar pun terbang tak bersambut
dek kuatnya penangan kau hai ribut
apa patut aku perbuat
ribut ini semakin dekat

ah aku kena lari, 
lari selaju-lajunya, 
aku kena pergi, 
pergi sejauh-jauhnya

4 comments: