berjumpa dengan nenek tua
nenek siapa ?
aku pun tak pasti
sambil aku berlegar di ruang tamu rumah itu aku terjumpa S
S merupakan seorang mahasiswa jordan
kami bertanya khabar masing-masing
tiba-tiba dia berkata
" kau dah jumpa isteri aku belum ? "
aku terkejut
" zaman bila pula kau kahwin, aku tak tahu pun "
" sabrin ! sabrin ! meh sini sayang, " laung beliau.
aku terkedu
" sabrin ?"
tiba-tiba memori aku dituang dengan cerita perkahwinan itu
aku menjadi ingat secara tiba-tiba
" aku dah ada anak dua siap ha " ujar beliau sambil menunjukkan ke arah seorang budak perempuan sekitar 3-4 tahun dan seorang budak lelaki dalam 4-5 tahun
aku mengangguk
tiba-tiba aku merasa pelik tatkala melihat mata budak tersebut
" eh S, kau ada pentorch tak ? "
aku suluh mata budak perempuan itu
berkerut dahi aku
" aku syak ada something tak kenalah dengan mata anak kau ini. macam ada benda putih dekat mata dia "
otak berputar ligat,
" retinoblastoma! "
aku menekuni taakulan aku
tetapi putih dia tak menyeluruh, masih ada kawasan yang ada red reflex
mungkin tumor ini masih baru
boleh dirawat dengan complication yang sedikit
aku suluh mata kanan budak perempuan itu
mata aku seolah-olah dimagnify,
dengan hanya lampu pen itu aku nampak jelas iris budak itu
ada gelembung-gelembung di iris dia
" anterior chamber depth dia macam mana ? " tanya S risau
" ok, tetapi aku rasa macam ada iris cystitis "
mata aku membulat
" iris cystitis ? wujud ke penyakit itu ? "
aku merasa benda ini melawan logik aku sebab rasanya tadi aku tengok mata dia normal, tetiba ada gelembung
dahlah mata aku boleh dimagnify begitu sekali
ditambah dengan memori yang dituang secara tiba-tiba
itu tak masuk kes aku tengok red reflex pakai pentorch badul sahaja
"huh! gelap betul."
aku seakan-akan diteleport semula ke bilik aku
aku tersedar seraya berkata
" poyo betul mimpi aku. sampai berjaya discovered penyakit baru."
kelas pun ada yang tak pergi nak poyo
lempang nanti tahulah
mimpi yang power.
ReplyDeletemimpi yang poyo
Deletekahkahkah