dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Tuesday, May 10, 2011

sejarah penubuhan

awas : hari ini topik aku amat bosan dan tulisan kali ini amat panjang

" sejarah "
sejarah tak pernah menjadi subjek kegemaran aku
sehinggalah aku bertemu cikgu sejarah tingkatan 5 aku
kenapa ? 
setiap kali dia membuat kelas tambahan 
dia pasti menyediakan makanan-makanan yang lazat
bahkan kami pernah membuat jamuan akhir tahun di bulan mei
apahal ! 
nasib baik semua makanan ditanggung oleh beliau
sate, lamb chop dan ayam golek serta banyak lagi menjadi hidangan
dia memang terbaik
bayangkan, 
aku baru lepas fly kelas dia untuk memenuhi aktiviti krs 
[ baca :kadet remaja surau ]
tiba-tiba berselisih dengan dia
lantas aku menegur dengan muka tersipu-sipu malu
dia hanya senyum dan ketawa
sungguh aku berbangga dengan beliau
cukup dengan itu.

jadi, tentang apakah tulisan kali ini ?
sebenarnya aku nak cerita proses perjalanan dan penubuhan blog aku
ketika menjalani latihan tempur [ baca : tidur ] di intec,
lecturer aku menyuruh kami membuat blog 
yang bakal disemak dan diberi markah ( endingnya tak dapat markah pun ) 
jadi aku yang sudah memiliki cita-cita untuk membuat blog
terus mengambil kesempatan terhadap permintaan lecturer tersebut
ditambah pengaruh rakan sebaya seperti elwani dan abang aku,
aku dengan gigih dan bersemangatnya membuat satu tulisan bertarikh 26/05/09

jujur aku katakan
kebanyakan dan barangkali kesemua tulisan-tulisan di intec aku sampah
naik malu aku membacanya
dahlah penuh dengan kesalahan tatabahasa yang mudah
jelas ternyata kebangangan aku di situ
dahlah membosankan tahap beruang
dengan lawak-lawak tak jadinya
senang cerita aku telah membazir ruang internet dengan 21 tulisan tak berguna
sebanyak 21 tulisan ditulis semasa aku di intec
sehinggalah 03/09/09 tulisan terakhir aku di intec dihasilkan

sebelum terbang aku menulis satu tulisan bertarikh 06/09/09
tulisan ini banyak dipengaruhi oleh manga one piece

kemudian aku terbang ke mesir
10 hari selepas tiba,
tulisan pertama aku di mesir di tulis
masih lagi mengekalkan unsur-unsur kelembuan dalam tulisan
semasa di tahun 1, aku jarang sekali menulis 
kerana kelajuan internet yang mengecewakan
berbekalkan broadband etisalat dan hati yang malas
hanya sebilangan tulisan dihasilkan setiap bulan

perkara ini berlanjutan sehinggalah aku naik tahun 2
perkara mula mengalami perubahan
sebelum berpindah aku sempat menulis satu lagi tulisan yang lembu
aku berpindah ke rumah baru yang dilengkapi internet yang tak mengecewakan
aku mula rajin menulis
bulan oktober merupakan peak bagi musim menulis aku
sebanyak 12 tulisan dihasilkan
kemudian turun kepada 7 tulisan --> 8 -->
1 --> 4 --> 10 --> 4 --> 3 bagi bulan-bulan berikutnya
sehinggalah hari ini
kemudian aku tersedar
oh, dah seratus rupanya hasil tulisan aku dihasilkan
namun unsur-unsur kelembuan masih diterapkan dari bangku sekolah hingga sekarang

pada mulanya, aku ada mengkongsikan link aku di facebook
kemudian setelah berfikir sejenak
aku rasa sangat lame dan tak macho
jadi aku terus bergerak underground sampai sekarang

ada yang kata blog aku tak sedap
ada yang kata dia dah berhenti baca blog aku
ada yang tak pernah masuk pun
tetapi satu perkara yang ingin aku tekankan
tidaklah aku menulis untuk dibaca oleh orang

bagi aku proses penulisan ini bertujuan untuk aku mengakses
sejauh mana kematangan aku berfikir 
dalam mengharungi liku-liku dan perit ranjau kehidupan aku
dan bertujuan sebagai kapsul masa aku
andai aku ingin menyelami pemikiran aku nanti ketika aku sudah tua
aku hanya perlu membelek tulisan-tulisan aku
dan aku boleh bernostalgia berseorangan
sambil mengutuk diri sendiri sesuka hati

aku juga bebas untuk perasan puitis dengan menulis sajak-sajak merepek
dan kata-kata berirama serta kata-kata hikmah yang dicipta oleh aku

jadi dengan itu aku merasmikan majlis penulisan keseratus aku 
dengan satu kata-kata hikmah yang berlegar setiap kali aku perasan
supaya aku tidak lupa daratan
" always do remember, the world does not revolve with you as the center of it. Quit getting full of yourself and work your lazy ass now and please, get a life you moron "
sekian terima kasih dan maaf atas kekasaran bahasa yang disengajakan

15 comments:

  1. entry2 lama kau yang di linkkan kat atas ni, rasanya tahun 2009 kan? bukan 2011.

    dan...aku tak pernah ponteng kelas zaman sekolah dulu. oh gila baik aku!

    ReplyDelete
  2. bagus gila kau sedar
    aku tak perasan pun

    aku ponteng berseabb tak apa
    kahkahkah

    ReplyDelete
  3. haish. jgn ckp la bab bab tatabahasa
    housemate aku if bace my blog mesti ade jugak bende yg tersalah eja.
    it's either disengajakan @ xdisengajakan @ aku mmg xtaw pun.

    tapi xde sape penah tegur kecuali dia.

    and yes, menulis bukan utk org baca
    kalo nak bagi org baca mungkin xtertulis kowt.
    and if thinking of people bace blog kite, buat kite mcm nak buang je semua post bercelaru.

    haish. terluahkan perasaan la pulak. ^.^"

    maaf

    ReplyDelete
  4. penguin = comel
    beruang = comel
    lembu = tak comel
    lembu = bodoh
    kasihan lembu kahkahkah

    izyan: aku biasa proofread 2-3 kali juga
    baru kurang salah

    kalau menulis untuk orang baca
    aku tak boleh tulis benda yang aku nak tulis
    aku hanya akan tulis benda yang orang nak aku tulis
    buat apa !

    aku memang kerja kaunselor sekarang
    kahkahkah

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. lembu.beruang. binatang yang berkeliaran dalam entri kau. ye dak?

    ReplyDelete
  8. itulah
    agaknya aku salah ambil profesyen kedoktoran agaknya
    patut ambil perladangan

    ReplyDelete
  9. aduh kelakar sungguh post pertama kau.
    tak tahan.

    tampak kematangan penulisan kini.

    selamat menulis!

    ReplyDelete
  10. lambat gila kau komen kahkahkah

    aku tak nak menulis 2-3 hari
    nanti aku tulis balik ok !

    ReplyDelete