dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Monday, March 28, 2011

ucapan selamat

tulisan ini untuk kamu
yang dipandang tinggi oleh diri ini
yang melakarkan lukisan-lukisan indah dalam kain putih
yang mewarnakan kain ini dengan jutaan warna
yang menjadi sumber inspirasi
tika damai, tika gelisah, tika gundah, tika marah, tika bahagia
yang membina rumah, tempat berteduh tika panas dan hujan
tika kilat sabung-menyabung dan angin bertiup kencang
yang mengajar erti abcd dan 1234
kepada seorang dungu dan tidak tahu apa-apa dengan sabar
agar kenal dunia dengan pandangan yang benar, pandangan maknawi 
dan bukannya pandangan seorang buta yang tidak sedar diri
yang dengan jayanya menahan karenah tak masuk di akal selama puluhan tahun
yang tak terbuat dek orang
sedang yang lain hanya seminit bersama sudah mengeluarkan kata-kata nista
pujangga kebencian, puisi kemarahan, seloka penuh carutan

andainya ucapan terima kasih diucapkan
daripada rahim sehingga lurut daging daripada tulang dimamah usia
itupun sudah pasti belum cukup
yang termampu dek diri yang lemah ini hanyalah
mendoakan agar dirimu 
sentiasa dirahmati Allah
dipayungi lembayung rahmatNya
dimaafkanNya daripada semua salah dan silap
diberikan hidayahNya yang berterusan sampai bila-bila
dimurahkan rezeki dan dilimpah ruahkan rezeki sehingga
tempiasnya dirasai oleh semua 
baik yang jauh mahupun yang dekat di sisi
moga dijadikan usia yang berbaki ini
satu tempoh masa penuh rahmat dan bermakna
moga gagahmu tak berkurang 
senyumanmu tak lekang dari bibir
akalmu tak tercantas dek pedang
dan jiwa mu tak berkocak 
umpama tasik besar yang tenang
damai lagi mendamaikan hati yang memandang 
selamat, selamat, selamat dan selamat ulang tahun kelahiran
daripada seorang yang melambai-lambai di perantauan

p/s : moga sekalian pembaca turut mendoakan insan yang teristimewa ini. ucapan terima kasih didahulukan untuk semua




Friday, March 25, 2011

kegilaan

sesungguhnya aku mengalami masalah kegilaan semenjak dua ini
otak aku berpusing dengan terlalu pantas sampai aku tak boleh nak menyesuaikan diri
dah berapa kali aku lintas jalan nak bersentuhan dengan kereta-kereta arab yang penyayang
dan semalam ialah klimaksnya yang pertama

Tuesday, March 22, 2011

aku dan minuman

umum tahu aku bukanlah seorang sentimental
seorang beremosi yang tak terkawal
seorang yang mempunyai perasaan sayang yang melimpah ruah
tetapi siapa yang aku nak tipu...
mana mungkin aku mampu mendustakan perasaan aku sendiri
jadi aku ingin membuat pengakuan....

Friday, March 18, 2011

aku dan bola

aku dahulu selalu main bola
ini cerita masa sekolah rendah
aku jadi pemain pertahanan
aku suka tackle orang secara ganas
keganasan aku amat masyhur sekali
aku masih ingat muka rafie merah-merah akibat marah

Thursday, March 17, 2011

aku malaysia dan mesir

seperti yang dikatakan hari ini post tentang masa aku duduk malaysia
walaupun sebenarnya nafsu aku nak tulis tentang bola
tetapi tak apalah
hari itu aku pertama kali pulang ke malaysia selepas setahun setengah di mesir
setakat ini perjalanan kapal terbang aku semua masih percuma