dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Wednesday, March 20, 2013

jahil

inilah minggu paling tak produktif sejak start round ophtal
awal dah ok dah
ending spoil

jiwa sakit agaknya

Monday, March 18, 2013

ribut

sampai bila kau mahu buat aku serabut,
akar ketenangan aku telah pun kau cabut, 
apa sampai musnah semuanya, 
baru kau rasa puas dan lega ?

aku pergi menumpang teduh
dibawah pokok yang aku sangka utuh
maklumlah itulah pokok terbesar
ternyata kiraan aku ini tersasar

Sunday, March 17, 2013

karut marut

kali ini aku pulang ke kampung
berjumpa dengan nenek tua
nenek siapa ?
aku pun tak pasti

sambil aku berlegar di ruang tamu rumah itu aku terjumpa S
S merupakan seorang mahasiswa jordan
kami bertanya khabar masing-masing
tiba-tiba dia berkata
" kau dah jumpa isteri aku belum ? "
aku terkejut
" zaman bila pula kau kahwin, aku tak tahu pun "
" sabrin ! sabrin ! meh sini sayang, " laung beliau.
aku terkedu 
" sabrin ?"
tiba-tiba memori aku dituang dengan cerita perkahwinan itu 
aku menjadi ingat secara tiba-tiba

Friday, March 15, 2013

juling air ?

sekarang ini aku dalam round ophthalmology
belajar tentang mata
aku belajar tentang eye motility 
pergerakan mata

hanya selepas belajar ilmu ophthalmology barulah aku sedar
benarlah, beza antara orang berilmu dan tak berilmu itu jauh sangat
21 tahun aku hidup dalam kebodohan
baru hari itu aku sedar aku ada weakness in medial rectus of left eye
kalau dalam bahasa mudahnya
aku juling bila aku tengok dekat
otot mata aku tak mampu nak menggerakkan mata aku ke kanan semasa melihat jarak dekat
tetapi kalau dalam keadaan melihat biasa ok
tak nampak julingnya
hahaha

Wednesday, March 13, 2013

cerpen twitter

dia tersenyum,
jelas terlihat gigi taringnya 
dia memandang ke arahku
mukanya terus masam mencuka
aku yang melihatnya masih kaku
berkelip-kelip mataku
tiba tersentak
" kantoi nampaknya "
terus kaki mengorak langkah laju
" bala "
getus hati kecilku

p/s: dah lama dah tulis ini
baru nak post