baik dalam gambar mahupun secara langsung
aku tak tahu macam mana nak senyum secara natural
hence, a forced smile
mungkin selalu sangat senyum tanpa makna
smile, just for the sake of appreciating that person
aku memegang satu kaedah
bila orang buat lawak atau perkara yang memerlukan respon,
maka senyuman adalah respon paling minima yang harus diberikan
kaedah ini sangat dipraktikkan bila berbual dengan arab mesir
kebanyakan mereka suka berjenaka,
walaupun ada jenaka mereka yang agak kasar dan tak kena
bila aku senyum dan ketawa maka mereka seolah bergembira
dan akan buat aksi salam dengan kuat mereka tanda gembira dan sekepala
jadi, agak selalu berlaku keadaan aku gelak seorang-seorang ketika doktor mengajar
yalah, tiada orang yang suka bercakap sendirian
sebab itu wujud frasa " macam cakap dengan selipar "
sebagai usaha menzahirkan ketidaksukaan bercakap tanpa respon
jadi sekarang aku dalam fasa " cuba untuk senyum dengan ikhlas "
aku pernah terbaca
smile is the most frequent and effective lie
aku kalau boleh tak naklah menipu
jadi nak kena perhalusi teknik senyum ini dengan baik
aku rasalah, senyum aku paling natural adalah apabila hanya pipi kiri aku sahaja yang diangkat
sangat assymmetry senyuman aku kan ?
hahaha
sebab itu nak tahu rapat ke tidak, atau kenal ke tidak seseorang ialah bila kita tahu
senyuman mana betul, senyuman mana yang dipaksa
hanya dengan empati benda ini boleh dicapai
satu benda lagi frasa yang membekas dalam hati aku ialah
If you wear a mask too long, you will forget your true face behind the maskhilang identiti,
nak ke ?
p/s:
ini antara sebab aku jarang bergambar
hahaha
muka selalu spoil bila nak senyum
out of topic, satu frasa yang aku rasa kena pada aku ialah
bersajak ini ialah satu cara untuk ekspresikan diri tanpa membiarkan orang tahu apa kita rasa sebenarnya, bercerita sambil berselindungingat,
everyone got scars, it is just a matter of how good does one managed to hide it
No comments:
Post a Comment