dan gelap itu adalah duka
maka aku adalah bayang-bayang daripada keduanya
waktu gembira, aku ada
waktu berduka, aku tetap ada
orang menyangka aku bertuah nasibnya
hanya kerana aku boleh sentiasa ada
tetapi mereka seolah lupa
akan satu dua perkara
ya, memang benar aku ada
akan satu dua perkara
ya, memang benar aku ada
tetapi apa gunanya ada
kalau tak mampu perbuat apa
apa gunanya berada di sisi
tetapi gagal menyentuh hati
aku hanya mampu meniru tingkah lakumu
tanpa aku boleh perbuat mengikut kehendak aku
aku ingin pecahkan kepompong ini
bebaskan kepak yang di kanan dan di kiri
terus terbang gah di udara
namun apakan daya
aku masih dirantai, tak berkuasa
tunggu aku, aku janji aku akan jadi gagah perkasa
terus melindungimu daripada semua duri dunia
sambil senyum dan tertawa bersama
No comments:
Post a Comment