dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Tuesday, April 30, 2013

another perspective of view

amaran: tulisan kali ini sangat panjang. kalau tak tegar jangan baca

Muqaddimah

sesiapa yang mendalami ilmu medik pasti akan belajar dua perkara penting
  • Ilmu mengenai mana-mana penyakit
  • Format mendiagnos penyakit
kedua-duanya menggunakan format yang berbeza

semasa belajar mengenai penyakit,
kita akan belajar tentang 3 benda



A. Definition atau takrif penyakit tersebut.

B. Pathology penyakit tersebut yang merangkumi 
1. aetiology atau sebab, 
2. pathogenesis atau macam mana penyakit tersebut berlaku, 
3. morphologic changes atau perubahan struktur sel dan 
4. clinical manifestation atau kesan perubahan tersebut 

lain penyakit maka lainlah pathology-nya
perbezaannya mungkin boleh jadi banyak 
atau betul-betul mirip di satu-dua bahagian di atas

C. Management of the disease atau pengurusan penyakit tersebut

terkandung di dalamnya
1) investigation atau penyiasatan 
2) treatment atau rawatan 
3) complication atau komplikasi atau natijah dari penyakit tersebut

itu adalah format biasa untuk belajar mana-mana penyakit
berbeza dengan format untuk mendiagnose penyakit

  • Format mendiagnos penyakit
ada beberapa item atau perkara yang perlu ditanya kepada pesakit

A. Personal Information (maklumat peribadi)
Nama, umur, jantina, tempat tinggal, status perkahwinan , special habits seperti merokok ke minum arak ke

B. Chief Complaint [ sebab utama datang ke hospital ]
beserta dengan Onset [ kadar penyakit melarat ], Course [ kondisi simptom ], Duration [ tempoh masa ], alleviating and exacerbation factor [faktor meredakan simptom dan faktor menerukkan simptom

C. Rekod kesihatan lampau, seperti ada penyakit-penyakit lain sebelum ini

D. Rekod kesihatan keluarga

E. Maklumat terkini pesakit. contohnya ada pergi melancong ke apa ke

F. Rekod pengambilan ubat.

Isi

tulisan kali ini bukanlah diniatkan untuk menjadi satu jurnal medik untuk mengajar anda menjadi doktor
tidak.
matlamat penulisan ini ialah untuk membawa anda melihat satu masalah atau penyakit dari kaca mata seorang doktor

kalaulah kita bayangkan malaysia merupakan seseorang, satu insan
yang datang berjumpa doktor kerana masalah yang dihadapinya mengganggu kehidupannya
dia tidak akan mengadu terus apa penyakit dia 
tidak.
dia akan datang dan mengadu tentang masalah yang dia nampak
rasa tak selamat, duit rumah tak cukup, anak-anak muda kurang beradab dan beragama dan lain-lain
maka kita selaku doktor yang bertugas harus berfikir dan mendalami simptom-simptom ini

sebelum bertanya akan simptom-simptom ini,
kita seharusnya mengambil rekod peribadi
dalam mengkiaskan ini kepada malaysia maksudnya kita harus tahu,
struktur demografi, struktur politik, struktur ekonomi malaysia
hanya selepas kita kenal baru kita boleh mendiagnos penyakit dengan lebih tepat

kemudian akan ditanya apa yang menyebabkan dia datang meminta rawatan
boleh jadi dia rabun tetapi dia datang sebab sakit perut bukan sebab rabun
kemudian akan ditanya 3 benda penting
Onset [ secara tiba-tiba, beransur-ansur, pertengahan ],
Course [ makin teruk, makin elok, tak berubah ] ,
Duration [ tempoh masa]

maka begitu juga dalam kes malaysia ini
segala sejarah harus diketahui dan diambil kira
kalau ada masalah, sejak bila kita rasa masalah ini,

dia akan datang dengan simptom-simptom yang tertentu
simptom boleh jadi sama dalam banyak penyakit
contohnya, simptom penglihatan yang makin kabur mungkin disebabkan oleh penyakit katarak, bola mata yang terlebih besar atau kecil, corneal edema [ kornea mata berair], keratoconus [ kornea mata memanjang] dan beberapa penyakit yang lain
boleh jadi kita sukar membezakan antara dua penyakit berdasarkan simptom kerana samanya simptom satu dua penyakit itu

aetieology penyakit tersebut boleh jadi disebabkan oleh beberapa perkara

i) inflammation atau keradangan
penyakit ini berkaitan dengan sistem imuniti ataupun kiasnya pihak polis kalau dalam sistem kenegaraan yang tersalah serang orang ataupun melebih-lebih, overkill kalau bahasa orang putihnya

ii) neoplastic atau kanser [ perubahan abnormal pada sel ]
berkaitan dengan beberapa orang dalam negara yang mempunyai sifat abnormal dan agresif
lantas membahayakan orang lain yang berada berdekatan

iii) congenital atau kecacatan masa lahir
seperti permasalahan yang diwarisi, seperti masalah perkauman dan lain-lain

iv) trauma sama ada luaran ataupun dalaman
ancaman kuasa luar seperti kisah ganyang malaysia

v) degenerative atau kemerosotan sel [ mungkin faktor usia atau lain-lain ]
kelesuan rakyat untuk bekerja dan berkhidmat serta membuat perubahan

vi) autoimmune atau serangan oleh sistem immunisasi diri sendiri
kes sistem keadilan yang tersalah menghukum orang yang ingin membantu negara

vii) iatrogenic atau disebabkan oleh perbuatan doktor [ akibat dari rawatan mahupun pemeriksaan ]
kes ahli politik yang memang nak rosakkan negara

viii) idiopathic atau punca yang tidak diketahui

boleh jadi juga, simptom tak ada tetapi penyakit ada
ini biasanya disebabkan penyakit itu masih ditahap awal
kalau boleh diagnos masa ini, lagi bagus
kita ke langkah seterusnya iaitu langkah penyiasatan

1) investigation atau penyiasatan

ada x-ray, tuberculin skin test [ujian kulit untuk penyakit batuk kering] dan blood test
merujuk kepada indikasi-indikasi yang ada seperti kadar jenayah, kadar kemiskinan, kadar korupsi dan lain-lain
semua kajian ini perlu diteliti supaya kita dapat mendiagnos sesuatu penyakit itu dengan tepat
kena ingat, boleh jadi seseorang itu ada pelbagai penyakit

2) treatment atau rawatan [eg: pembedahan atau ubat-ubatan]
ada medical treatment [ubat-ubatan]
kira macam nasihatlah, kita beri pada mereka yang bermasalah

ada surgical treatment [pembedahan]
ada beberapa jenis pembedahan
-otomy [kita potong saja, benda itu masih ada]
-ectomy [kita buang, memang dah tak boleh pakai]
-plasty [kita gantikan dengan yang baru]
maka yang mana satu pilihan anda

ada symptomatic treatment [hanya merawat simptom sahaja-tidak menyelesaikan masalah dalam jangka masa panjang] cepat,baik untuk jangka masa pendek,

ada causal treatment [kita rawat penyakit dia yang sebenar] biasanya lambat tetapi baik untuk jangka masa panjang

seeloknya kita gabungkan kedua-dua rawatan ini supaya pesakit rasa selesa dan sihat

kalau akidah lemah disebabkan kurang proses pendakwahan maka banyakkan proses tersebut, bukan sekadar menghukum sahaja,
rawat simptom dan punca sekaligus


3) complication atau komplikasi dari penyakit tersebut [ buta, mati ]
penyakit ini kalau tak dirawat biasanya bertambah teruk
kalau sistem ekonomi tak dibaiki, negara boleh bankrap
kalau sistem sosial tak diperelokkan, akan lahir generasi yang tak bermoral, yang mungkin-mungkin menyebabkan masalah yang baru


Kesimpulan

kalau kita rasa negara kita bermasalah maka kita kenalah buat sesuatu
nak buat sesuatu itu kenalah dengan ilmu
kalau kanser pergi jumpa tok dukun tak jadi
kena kelentong bodoh macam itulah saja

begitu juga dengan masalah negara
kita kena buat pilihan
dan sebelum buat pilihan itu kenalah ada pengkajian
bukan buat semborono

buatlah pilihan dengan bijak
yang terisi dengan ilmu, terpandu dengan iman
:)

p/s:
aku sebenarnya dah start malas tulis benda ini
jadi hujung dia aku buat cincai saja
kahkahkah

macam ponteng kelaslah
itu satu simptom,
penyakitnya boleh jadi pelbagai
jiwa yang bermasalah, pemalas, tak tahu menghargai ilmu atau sebab-sebab lain
*headshot*
*mengelak gaya matrix*
*gelak gaya nelson muntz*


lama tak post benda macam ini
banyak sangat dah sajak syok sendiri
haih

tsunami jiwa 2 bulan sudah berlalu
masih dalam fasa denial aku kira
bila nak capai tahap acceptance aku pun tak tahu

doakan untuk kemenangan Islam secara amnya
Ini Kali LAH !

aku tak sambut 01/05
aku sambut 02/05

2 comments: