dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Thursday, January 17, 2013

malaysia dilanda Jaws [bukan jews mahupun rahang tetapi jerung]

ingin aku komen sekitar isu Bawani dan Sharifah
tatkala manusia kini berbondong-bondong mengucapkan perkataan listen
aku rasa janggal
ya, aku juga terlibat dalam aktiviti share, like dan komen
tetapi bukan arah ini yang aku jangkaukan pada awalnya
kisah pembunuhan watak individu bernama sharifah dan pelonjakan watak individu bernama Bawani

lambakan demi lambakan meme, kartun dan page dicipta untuk menyindir sinis sharifah and co
tetapi aku rasa seolah olah isu ini sudah lari dari landasan sebenar
ya, memang aku menolak perilaku sharifah tempoh hari
tetapi yang terlebih besar untuk ditolak ialah sistem dan sifat
bukan sekadar individu tersebut

bagaimana sistem pendidikan kita diadun oleh ahli politik sesuka hati mereka
bagaimana sistem pendidikan kita menekan pelajar daripada bersuara
bagaimana sistem pendidikan kita boleh melahirkan mahasiswa yang berperibadikan sharifah and co
bagaimana sistem pendidikan kita melahirkan mahasiswa yang takut ke depan
bagaimana sistem pendidikan kita melahirkan pelajar yang suka ditekan !

lihat saja, bukan tidak ada orang yang berdiri rapat di belakang sharifah dan co
bahkan ada yang dengan bangga mengatakan mereka rasa seronok 
inilah kebahayaan yang sebenar
apabila pelajar kita sudah gagal mengenal apa itu madu dan apa itu racun
hasilnya ? 
sudah pasti akan berlaku mass poisoning in the mind of the society 

siapa lagi yang akan masuk ke dalam masyarakat kalau bukan mereka-mereka ini
siapa lagi yang akan mendidik generasi seterusnya kalau bukan mereka-mereka ini ?
siapa lagi kalau bukan mahasiswa yang bukan sahaja jiwanya terbelenggu oleh kebodohan
bahkan berasa gembira dan berbangga dengan belenggu tersebut

ada beratus orang dalam dewan tersebut, akan tetapi tidak ada seorang pun yang bangkit membantu atau membantah tindakan tersebut
bagaimana boleh berlaku pembodohan secara beramai-ramai kalau bukan kerana sistem pendidikan itu sendiri merupakan satu usaha pembodohan, usaha pemandiran yang terancang

ya, sosok Bawani itu berani, bahkan mungkin saja melebihi keberanian aku
tetapi lihat argumentasinya
pada aku yang mindanya agak terbantut ini, itu bukanlah argumentasi terbaik dalam mencanangkan idea pendidikan percuma

kita perlu terangkan dari mana sumber kewangan itu diambil
tiada benda yang percuma, melainkan ada yang membayarnya tanpa kita sedar
cukai yang tinggi, pemindahan bajet dari sektor lain ke sektor tersebut
atau mungkin saja melalui pembasmian ketirisan wang sangat teruk di malaysia
ketirisan yang kita tahu saja mencecah berbilion-bilon ringgit
dan mungkin saja itu hanyalah tip of an iceberg 

apa permasalahan sampingan yang mungkin berlaku akibat change of the allocation of the budget
apa impak positif dan negatif kepada prestasi kewangan negara dari jangka masa pendek dan panjang
apa impaknya pada sektor pendidikan negara pada masa akan datang

tetapi untuk berlaku adil, mungkin elemen masa tidak membenarkan
maka itulah pendekatan terbaik yang boleh dibawa dalam keadaan yang terikat

sejarah ialah sebuah cerita ulangan
seperti sebuah movie remake
yang ditukar hanyalah nama watak dan latar tempat
tetapi yang perlu dihadam ialah pengajaran dan kesimpulan yang ada pada sejarah
seperti mana di dalam kisah singapura dilanda todak, yang dibunuh ialah hang nadim,
orang yang cuba menyelamatkan masyarakat
adakah sampai ke tahap itu mentaliti dan sikap sebilangan kita ?

mari kita ubah sistem yang membantutkan minda mahasiswa
mari kita ubah sistem yang melahirkan individu berperibadikan sharifah
mari kita ubah sistem supaya boleh melahirkan insan yang jauh lagi hebat daripada Bawani

p/s: 
kepada yang tertanya-tanya mengapa isu ini dipolitikkan seperti isu isu lain di malaysia
dan menjadikan itu sebagai alasan kepada keengganan terlibat sama
ingin aku berikan satu sebab daripada sebab-sebab yang banyak

bagaimana mungkin kita tidak mempolitikkan permasalahan yang berlaku,
jika punca permasalahan yang berlaku itu ialah ahli politik itu sendiri !

Bacalah dan ubahlah !
tolak segala usaha pembodohan dan usaha pemandiran terancang !

Abul Akmal Arif Bin Anuar
Ketua Pakatan Beruang Comel Afrika Utara

2 comments:

  1. Setuju dgn pandangan anda yg masyarakat menumpukan kpd meme "listen listen listen" itu sahaja tapi tidak melihat kpd bigger picture iaitu kelemahan sistem pendidikan tinggi negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. * angguk-angguk *
      sebab itu kita kena tarik balik mereka ke landasan yang sebenar

      Delete