dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Friday, February 1, 2013

Lemas

aku sayu
badanku kaku
sakitnya, tiada yang tahu

kelu terasa lidah
minda bagai dimamah
sungguh, aku lemah

gerakku tak menentu
mataku kelabu
hatiku, penuh ragu

aku terus tergapai-gapai
lemas dalam rasa yang pelbagai
sayang, tiada apa yang boleh ku capai

bayangan silam menerjah satu-persatu
adakah sudah sampai waktu ?
bagaimana pula dengan amalku ?

aku terus menerus tenggalam 
oh gelapnya, bagaikan malam yang kelam
apakah ini warna hatiku yang dalam ?

pohon peluang kedua ?
sudah beribu peluang yang ada
namun semua telah aku persia

inilah namanya takdir
sesalan hanya dalam nafas yang akhir
hanya belasMu yang mampu membantuku,ya al-Jabir

1 comment: