Kisah seekor rama-rama
Cerita seekor rama-rama yang memilih untuk terbang. Walaupun dia terpaksa melupakan misi kehidupan dia yakni melahirkan zuriat [ nama pun binatang ] untuk mengejar kebahagiaan yang sementara
Dia terbang dengan pantas ke arah jalan mati walaupun dia bakal mati terbakar. Tetapi kesukaan dia pada cahaya membuat dia tetap tergesa-gesa ke arah api
Dia tahu nyawa dia akan hilang di lautan api tersebut tetapi apa yang dia boleh buat kalau dah terlalu suka ditambah dengan hati yang lemah untuk terus bersabar
Ya, dia tahu dia ada pilihan lebih baik tetapi nak buat macam mana kalau badan di kawal oleh cinta dan bukannya akal yang waras
Apa yang lagi sedih daripada tahu yang kita akan mati tak lama lagi, tetapi kita tak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan tersebut kecuali terus menunggu saat tersebut hadir dengan hati yang berkecamuk untuk memilih antara kesukaan ataupun nyawa
Sama ada dia betul atau salah. Biarlah orang lain yang tentukan
Tolong jangan cepat menghukum kerana nasi dah pun menjadi bubur
Sedih betul kisah seekor rama-rama yang cantik ini