dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Thursday, April 14, 2011

eh, kau balik ke tak?

beruang comel: eh, kau balik tak? maksud aku balik malaysia cuti ini

aku bermonolog dalaman
soalan yang pada zahirnya mudah
nak balik-balik,
tak nak balik sudah
tetapi memandangkan aku nak tunjuk superiority aku pada beruang
aku pun menjawab

aku: kau ini beruang. soalan kau memerlukan penjelasan yang panjang dan merepek. kau sanggup dengar tak?

beruang kacak: kala bilanya kau tak merepek boss kahkahkah. kau ceritalah !!
aku memang suka dengar kau merepek *nada sinis*

aku: kau memang lapar penumbuk kan beruang grrr.
nak bercerita punya hal aku tangguh hukuman kau.
aku sebenarnya risau akan...

beruang kacak: tak tenang betullah boss ini.
usik sedikit dah melenting.
risau apa boss?! tetiba betul !!

aku: argh ! masa aku tengah cakap jangan potong lah badul !!! haisyh !!

beruang comel: ya ya ya =,=

aku: aku sebenarnya risau. pilihanraya parlimen mesir dijangka berlangsung bulan 9.
pilihan raya presiden bulan 10 atau 11.

beruang comel: apa kena mengena dengan kau boss?

aku: aku nak ceritalah ini badul.
sekarang ini rakyat mesir baru mendapat kebebasan setelah berpuluh tahun terhalang daripada kebebasan.
mereka dalam keadaan terkejut.
jadi mereka akan menggunakan peluang ini dengan sepenuhnya
seperti orang kebulur 3 hari. tiba-tiba jumpa nasi, dia akan terkam nasi itu.
begitu jugalah halnya dengan orang mesir.
bila pilihanraya itu bulan 9, maka adakah bahangnya akan terasa pada bulan 9?

beruang kacak: taklah bos. mestilah lagi awal

aku: betul. sekarang yang tiada pilihanraya pun tahrir masih berdemo.
adakah bila pilihanraya itu bermula keadaan akan menjadi tenang? kita kena fikirkan semua ini beruang-beruang sekalian.

* kring-kring *

aku: adoi beruang. kita kena sambung ke kemudian hari perbualan kita.
aku nak tengok bo dengan sarah serta atiqah public speaking sekarang

beruang-beruang: adoi !! spoiler betul. tetapi tak apa. kawan boss punya hal. kami dengar dan akur

aku: sayang kau semua beruang-beruang kahkahkah

p/s: bo mempunyai suara yang garau macho. sarah mempunyai accent yang lawak dan atiqah mempunyai isi yang lawak. well done !
GO !! GO !! ASU !!!

akan bersambung

2 comments:

  1. eh bukan. atiqah shakira masuk debat peringkat batch sahaja
    dia tak masuk yang peringkat negera mesir kahkahkah

    ReplyDelete