dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Thursday, November 25, 2010

persoalan yang harus ada di dalam benak kita

melampau-lampau bukan benda yang bagus. 
dari segi pemakanan, kita dapat lihat dengan mudah. 
air putih pun kalau diminum secara melampau boleh membunuh. 
bagaimana dengan pemikiran? 
adakah berfikir secara melampau dibolehkan? 
adakah bertanya secara melampau dibolehkan? 
ditambah dengan penggunaan twisted logic adakah berbahaya ataupun tidak kepada kesihatan rohani kita. 
ironi semakin berlambakan. 


orang-orang sains marah apabila ahli agama bercakap tentang sains kerana dikatakan sesat, tak kena pada fakta. 
malahan disuruhnya belajar dahulu baru bercakap 
tetapi tatkala orang agama menegur supaya perbincangan agama dikhususkan kepada orang yang pakar dimarahi. 
kalau orang agama perlu belajar sains untuk bercakap tentang sains kenapa orang sains tak perlu belajar untuk bercakap tentang agama. 
kebiasaan dijadikan hujah. 
sedangkan kebiasaan tak semestinya betul. 
nak bercakap tentang sains perlu sijil dan mahir dalam bidang sains 
tetapi di dalam bidang agama isu ini disenyapkan
adakah ini betul ataupun salah
apabila orang menegur di ejek-ejek dengan panggilan serbanitas dan sebagainya
tetapi jika dia mengutuk dibenarkan atas tiket trolling
kenapa berlaku sikap double standard dalam hal ini?
apabila orang lain menegur dikatakan bersikap holier than thou
dikatakan orang itu berlagak seolah-olah dia wakil tuhan
membuat kenyataan jika tuhan ada mesti bla bla bla
apakah itu bukan berlagak seperti wakil tuhan?


ya ironi sentiasa berulang di dalam hidup kita kini
sarcasm semakin di abuse
manusia kian lupa niat menuntut ilmu
mengapa kita menuntut ilmu?
adakah untuk mencabar Allah?
adakah untuk membuat aliran baru?
adakah untuk merasa superior terhadap orang lain?


jangan tanya diri anda soalan dia atas jika tahu ilmu di dada tak seberapa
jangan cuba berlagak pandai seolah-olah ilmu kau yang paling hebat
cubalah bawa-bawa berjumpa dengan orang yang lebih tinggi ilmunya dan lebih beriman
tapislah ilmu yang kita dapat dengan iman
tetapi kalau iman di dada sudah kurang atau tiada, 
bagaimana kita mahu menapisnya?
bolehkah jala menjerat ikan jika berlubang besar di tengah?


akhir sekali sila tanya diri sendiri
apa yang aku fikir selama ini?


p/s: jika kau tak kisah dipukul adakah itu satu lesen untuk kau memukul? jika kau tak kisah dicaci adakah itu satu lesen untuk mencaci


7 comments:

  1. ini serius punya post ni
    ayat kau abul..................
    -speechless aku-

    baru setahun duduk mesir,dah macam ni ayat kau
    belum bertahun2 lagi.
    perghhhh
    mabruk alaik!

    ReplyDelete
  2. anas: kau lagi mantap. aku siapa sahaja?
    salim: aku bukan ahli falsafah. aku seorang ahli pemalas
    kahkahkah
    wani: ya agak serius kerana ini realiti yang berlaku

    dan aku dah duduk setahun 2 bulan 12 hari di mesir
    dan aku rasa aku makin kebelakang

    ReplyDelete
  3. kebelakang yang lebih maju ke hadapan tanpa kau sedari.

    ReplyDelete
  4. sarcasm never been abuse.
    cos sarcasm itself is an error.


    SARCASM FTW!!!

    typo in sarcasm btw,or u wanna write it in malay?

    ReplyDelete
  5. i know what i mean in getting backward morally and ethically

    sarcasm is like salt
    you can use it to make life tastier or to make wound suffer
    oh thanks for noticing that

    ReplyDelete