dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Tuesday, January 7, 2014

Krismas

hari ini 07/01/2013
aku cuti krismas di mesir
kristian koptik krismasnya memang 07 Januari
tetapi itulah
langsung tak produktif
haih

i'm becoming a bitter, skeptic old man at a lightning speed

Monday, January 6, 2014

2014

setiap dari kita ada certain perbuatan yang kita tak suka 
bila ada orang buat dan kita nampak
kita akan macam
"urgh !"

tetapi dalam tak sedar
terkadang kita terbuat perbuatan tersebut
kita menjadi double standard 
orang buat tak boleh, kita buat boleh

begitu juga dengan benda yang kita suka orang buat untuk kita
bila orang buat dekat kita 
kita rasa seronok, gembira
tetapi kita tak pernah nak buat benda itu dekat orang lain

sebab kita sibuk menyebut "kita" secara zahirnya
walhal hakikatnya, 
yang kita zikirkan 
hanyalah aku, aku dan aku

paling senang cakap
lepas itu buat
dan yang ketiga buat dengan hati yang rela
biasanya sampai tahap cakap sahaja

macam yang tengah tulis inilah
baru tahap 1
buatnya tidak
duh !

addict + substance = catastrophe 
addict + substance + enabler = apocalypse

lari dari realiti itu mudah
tidur dan tutuplah segenap deria 
yang payah,
mencucuk buih buih mimpi
dan berhadapan dengan realiti


Saturday, January 4, 2014

2013

tahun paling mencabar sepanjang aku hidup
banyak benda yang kali pertama rasa
" macam ini rupanya rasa dia" 
antara ayat paling kerap guna
makna empati masih cuba dirungkai

melihat ada orang yang dipandang hebat menjadi vulnerable
everyone deserve a period of time to be vulnerable no matter how strong one is
kasihan mereka, adat jiwa mereka yang tampak kuat 
membuatkan seolah mereka tidak punya ruang untuk menjadi lemah

hilang itu dan ini
dapat itu dan ini
dah lumrah
orang/benda yang bersama kita hari ini tak semestinya ada esok hari

akhirnya permulaan tahun yang agak noob
visa pun tak ambil ambil lagi
entah ombak mana yang akan menghempas tepian pantai tahun ini
harap harap ada snorlax untuk guna surf, dive, dan whirlpool
kalau nyawa merah boleh guna rest
tidur sampai elok
mengarut. 

Thursday, November 21, 2013

mario

kadang kadang kita dihadapkan dengan keperitan
kepahitan
kegilaan
kesedihan
kesilapan

tetapi kalau kita terus buat benda yang sama
yang arah tujunya menuju ke arah hasil yang tidak dimahukan
itu apa ?

einstein pernah sound
gila itu adalah bila kau buat benda yang sama selepas itu mengharapkan hasil yang berbeza

dah kau buat kerja acuh tak acuh, macam bodoh
tak kan kau nak dapat hasil yang best best
tak adillah dekat orang yang kerja kuat macam itu

macam kau main mario
dah tahu bila kau langgar kura kura, kau mati
kau main 100 kali, 
100 kalilah kau pergi langgar kura kura
kan ke bodoh namanya
orang, lain kali pijak dia

berhentilah jadi bodoh
kerana bodoh itu satu pilihan
bukan paksaan

Thursday, November 7, 2013

Hiatus

lama tak menulis
pada asalnya ini adalah mogok
mogok dari menulis benda yang bodoh
sebab pada asalnya rasa macam tak kena
kalau menulis something of no value
waktu mesir tengah serabut
nampaknya hari ini mogok itu tamat
sebab tulisan kali ini pun agak bodoh

...