dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Sunday, May 22, 2011

etika

aku ada etika 
etika pembaca komik
etika stalker
etika bercakap dan banyak lagi
etika ini penting
sebab etika ini bermakna kita ada prinsip
kita ada personaliti

Tuesday, May 10, 2011

sejarah penubuhan

awas : hari ini topik aku amat bosan dan tulisan kali ini amat panjang

" sejarah "
sejarah tak pernah menjadi subjek kegemaran aku
sehinggalah aku bertemu cikgu sejarah tingkatan 5 aku
kenapa ? 
setiap kali dia membuat kelas tambahan 
dia pasti menyediakan makanan-makanan yang lazat
bahkan kami pernah membuat jamuan akhir tahun di bulan mei
apahal ! 
nasib baik semua makanan ditanggung oleh beliau
sate, lamb chop dan ayam golek serta banyak lagi menjadi hidangan
dia memang terbaik
bayangkan, 
aku baru lepas fly kelas dia untuk memenuhi aktiviti krs 
[ baca :kadet remaja surau ]
tiba-tiba berselisih dengan dia
lantas aku menegur dengan muka tersipu-sipu malu
dia hanya senyum dan ketawa
sungguh aku berbangga dengan beliau
cukup dengan itu.

Saturday, May 7, 2011

sajak seorang perindu

terbang aku di awan fikiran

lantas terlintas padaku
dalam mencapai kejayaan
mesti ada cabaran
kalau ingin mencari sagu
ruyungnya harus dicari dahulu
usai memecah ruyung barulah dapat sagunya
apakah sagunya, 
apakah ruyungnya
dalam hidup seorang pelajar

Friday, May 6, 2011

blue sea slug

hari ini akan akan abuse aku punya post dengan gambar
gambar yang bakal aku letak
ialah gambar binatang yang amat comel
aku amat gembira mengetahui kewujudan makhluk sedemikian rupa

Sunday, May 1, 2011

mari bersama aku

hari ini
aku nak mengajak semua orang
aku nak minta kepada semua orang
mari bersama-sama dengan aku