dalam peperangan pemikiran, kemenangan bukanlah apabila kau berjaya membuat seseorang percaya apa yang kau percaya dan yakin apa yang kau yakin, tetapi cukuplah dengan dia meragui apa yang dia percaya dan meragui apa yang dia yakini

Monday, September 1, 2014

lebih binatang daripada binatang, lebih burung daripada manusia

I
aku pergi jalan-jalan berseorangan hari itu 
menaiki kenderaan kegemaran aku di malaysia, komuter
ya, komuter yang dikatakan lembab dan selalu tertangguh itu
aku suka naik komuter sebab aku boleh membaca tanpa sakit kepala
yang sebaliknya berlaku jika menaiki bas atau pun kereta
memandangkan aku seorang yang sangat mudah dikacau fokusnya
membaca bukanlah aktiviti yang senang dilakukan
kecuali ketika menaiki komuter atau pun kapal terbang

II 
ketika aku sedang membaca
telah naik seorang buta ke dalam komuter tersebut
agak jauh daripada aku
masa itu, tempat duduk komuter itu sedang penuh
sedang aku memandang itu ada dua orang bangkit
seorang brother berumur awal 30-an berbangsa cina dengan tatu penuh di tangan
dan seorang lagi perempuan India umur dalam lingkungan 20-an
ketika itu aku berfikir akan satu perbahasan
adakah agama itu perlu dalam membina manusia bermoral ? Moral tanpa agama ? Agama tanpa moral ? 
dan
apakah titik mula dan titik akhir kita dalam mengenal manusia melalui rupa luarannya ?
aku kagum, dalam masa yang sama aku tidak berbuat apa pun
hanya sekadar kagum pada yang lain
orang buta tersebut menerima pelawaan lelaki bertatu itu
maklumlah si buta tak mampu menghakimi rupa luaran
satu kelebihan aku kira

III
semasa duduk juga aku ditemukan dengan sepasang kekasih awal 20-an
bergurau senda, kemudian merajuk mencuka
diselit dengan mengambil gambar muka sendiri
kuat bunyi shutter kameranya
aku jangka ada lebih dua puluh kali berbunyi
aku pun tertanya
berapalah agaknya yang lepas QC dan bakal dimuat naik ke laman sosial
tentu bersepah gambar di newsfeed kawan kawannya
adakah mereka juga akan mental seperti mana aku atau pun tidak
beberapa perbahasan lain timbul
padanlah aku kalau nak ambil gambar tak tahu sama ada gambar dah diambil atau belum
aku padam bunyi shutter kamera mana nak tahu
peranan agama dalam membantu manusia memilih perbuatan yang ingin dilakukan
dan
apakah punca kegilaan menangkap gambar sendiri dan memuat naik gambar tersebut ke laman sosial
juga
dimana had dalam kita bergambar dan memuat naik hasilnya ke laman sosial
IV
ketika turun daripada lrt,
ternampak seekor merpati dan sangkarnya sarangnya
yang melawan lagak dan akal manusia
dia membuat sarangnya di celah celah paku dan dawai yang diletakkan untuk menghalau dia
aku tergelak keseorangan
kalau merpati yang tidak berakal itu pun berani melawan
kenapa aku yang kononnya berakal ini takut
malu, aku kalah pada merpati
kalau nak, cuba buat
kalau tak nak, cari alasan

V
membaca buku tinjauan ringkas peri ilmu dan pandangan alam
buku yang pada aku perlu berguru untuk difahami
rasa dungu melingkar semasa dan selepas membaca
agaknya faham aku kurang 1%
aku perlu berguru
yang aku boleh ulang
adab itu melakukan sesuatu pada tempat yang betul dipandu oleh ilmu yang bersumberkan al hikmah
yang aku tokok tambah
adil itu bukanlah tidak menyebelahi mana mana pihak, tetapi menyebelahi pihak yang benar
aku patut memohon kerja menjadi burung kakak tua kalau ini berterusan
kerana nampak gayanya aku di tahap itu sekarang ini
hahaha
kebebasan itu adalah memilih perbuatan yang baik antara baik dan buruk, lebih baik antara baik dan baik, paling baik antara sangat baik dan sangat baik yang dibantu oleh akal yang sihat. Bebas dari pengaruh sifat haiwan/nafsu yang inginkan pilihan yang banyaknya buruk. Bersifat adil pula kepada tubuh yang dipinjam 
nampak gayanya cadangan untuk memohon menjadi burung kakak tua itu nampak logiknya sekarang
kerana berdasarkan pilihan pilihan perbuatan sebelum ini, nampaknya lebih kepada haiwan
hahaha
 menyedari kebodohan sendiri itu adalah langkah pertama dalam mendidik diri
tetapi aku ini selalu bajet pandai
langkah pertama pun tak lepas lagi
hahaha

lagi satu
mengecilkan definisi perkataan perkataan penting seperti ilmu hingga hanya ilmu fikah dianggap ilmu dan hanya orang yang mahir ilmu fikah dipanggil ulama sedangkan definisi ilmu dan ulama adalah lebih luas dan tidak dibataskan kepada ilmu fikah sahaja

Wednesday, April 23, 2014

radio silence 2

bersambung daripada tulisan lepas
bercerita perihal medium sosial maya
sebelum mula nak perdengarkan satu frasa yang diletakkan di blog aku yang sangat berkait rapat dengan tajuk kali ini
The greatest enemy of knowledge is not ignorance, it is the illusion of knowledge
juga satu pesanan daripada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya
Tidaklah aku takut akan apa yang kau faham, tetapi aku takut akan apa yang engkau rasa engkau faham

Saturday, April 12, 2014

radio silence

dalam sebulan ke dua bulan yang lepas
aku ada melakukan satu eksperimen sosial
dan test subjectnya ialah aku sendiri

bertitik tolak dari satu pandangan yang aku karang dekat sticky note aku
aku cuba buat eksperimen tersebut
isi sticky note tersebut ialah

"aku jadi pelik melihat situasi sekarang
seolah olah hidup kita ini memerlukan acknowledgement dari orang yang mana kalau tiada hidup kita akan musnah
sekarang seperti menjadi satu kewajiban untuk mengumumkan seantero dunia akan perasaan kita terhadap sesuatu atau seseorang sama ada positif mahupun negatif
seolah olah kita berbicara, wahai manusia sekaliannya, lihatlah. aku si fulan dan si fulan ini sekian sekian.
kita laungkan perkataan kita di khalayak ramai senantiasa tetapi hanya sekali dua kita sampaikan secara terus
keliru, dengan manusia sekaliankah hubungan kita atau dengan siapa ?"

Friday, February 21, 2014

Ningen Shikkaku

p/s: aku mahu tidur dan rehat

Monday, February 10, 2014

sedih itu

sedih itu,

adalah menginjak mahkota jiwa 
          demi sesuap nasi sisa

tidak boleh berkeluarga
          atau hilang setelah ada

membalas budi bapa dan hidup sebatang kara
          atau meneruskan hidup tanpa tenang di jiwa

rasa yang tak berbalas tetapi bersama
          atau rasa yang berbalas tetapi bertemu tiada

sedih itu apa?