kenapa orang menggunakan laman sosial ?
adakah sebab itu akan mempengaruhi corak penggunaan laman maya tersebut?
apakah penggunaan alam maya yang ideal?
I
kita semua ada seorang atau lebih dalam senarai kawan facebook kita, twitter ataupun instagram orang yang kita ikuti yang kita rasa senang membacanya, kita rasa kena dengan jiwa kita atau kita rasa kagum dengan pemikirannya
dalam masa yang sama ada pula orang yang kita rasa jelek membaca tulisannya, benda yang dikongsikannya sama ada gambar, artikel mahupun apa sahaja
sampaikan kita terfikir bagaimana dia boleh menulis atau mengongsikan benda tersebut
apa yang berada di benak pemikiran dia yang sangat berbeza dengan kita
yang membuatkan perbuatan yang terhasil dari pemikiran tersebut menjelekkan kita
input-proses-output
kita melihat benda yang sama
sebagai contohnya harga minyak naik
setelah melalui proses pemikiran masing masing
kita pergi kepada kesimpulan yang berbeza
kita membangkang tetapi dia menyokong
pemikiran seseorang dipengaruhi oleh banyak benda
pengalaman baik dan buruk, ilmu yang cetek atau yang mendalam, emosi semasa, sifat dominan diri, prinsip hidup
dan benda yang disebut di atas hampir mustahil sama bagi dua orang yang berbeza
jadi tidak pelik jika kita berbeza dalam menghasilkan kesimpulan
kembali kepada soalan
antara sebab kita menggunakan laman sosial adalah untuk berkomunikasi
kita mahu bercakap dan mahu didengari
kita juga mahu mendengar apa yang dicakapkan oleh orang lain
orang yang sudah puas berkomunikasi di alam realiti akan tidak ghairah dalam menggunakan laman sosial dan sebaliknya yang tidak puas lagi berkomunikasi di alam realiti akan cuba menebus bakinya di laman sosial
kuantiti komunikasi yang diperlukan individu setiap hari berbeza mengikut diri individu itu sendiri
seorang yang tidak gemar berbual mungkin akan merasa cukup dengan satu dua status atau gambar yang dikongsikan berbeza dengan orang yang suka berkomunikasi yang tinggi keperluannya
ada perbezaan antara tidak suka berkomunikasi dengan takut untuk berkomunikasi
ada yang suka berkomunikasi tetapi takut untuk berbuat demikian di alam realiti
jadi laman sosial adalah tempatnya
ada pula yang suka dan berani tetapi tiada ruang ataupun orang yang sudi mendengarnya di alam realiti
jadi dia berpaling kepada laman sosial
komunikasi juga ada kualitinya
dengan siapa
bercakap terus dengan perasaan yang ikhlas atau sebaliknya
sekadar bertukar tukar tulisan pendek dalam bentuk mesej
tidak sama komunikasi yang rendah kualitinya dengan yang tinggi kualitinya
teori relatif boleh dijadikan asas dalam hal ini
II
sebab penggunaan itu sangat mempengaruhi corak penggunaan laman sosial kita
kadang kita tak sedar pun kita buat sekian sekian
sebab kita ada sub-conscious
nama pun sub conscious, bawah kesedaran kalau diterjemahkan secara literal
hanya apabila kita mengenali seseorang itu baru kita dapat memahami kenapa dia membuat status begitu, kongsi gambar sekian sekian
empati ini memenatkan
kerana ianya mengambil masa dan tenaga
tetapi tanpa empati kita akan mudah terjatuh ke gaung kebencian
cuba kita buang rasa punya kita terhadap laman sosial kita
hakimi laman sosial kita tanpa pengalaman dan perasaan dalaman kita
pasti kita akan faham kenapa orang suka/jelek dengan tindakan kita
cuba kalau orang yang kita tak suka buat apa yang kita buat
apa pandangan kita terhadap perbuatan kita?
III
entah, aku tidak tahu apa cara yang paling ideal
yang aku tahu ia pastilah tidak membabitkan kita membanjiri laman sosial kita dengan menunjuk nunjuk kelebihan kita, gambar muka kita yang tidaklah kacak/lawa mana, perincian benda benda seharian yang dibuat sama seperti semua orang, perincian, perincian benda benda yang terlalu personal dalam hidup kita [warna apa najis kita atau benda benda lain yang lagi kurang ekstrim]
aku dah malas nak mengarut panjang
jadi aku tamatkan tulisan kali ini dengan isi yang tergantung dan persoalan yang bajet hebat
anda ini pengguna yang macam mana?
dari pandangan sendiri, pandangan kawan, pandangan lawan?
p/s: ini tulisan yang bajet bajet cool
kalian harus sedar aku ini tak cool mana cuma bajet bajet
tak pandai mana tetapi bajet bajet
tak baik mana tetapi bajet bajet
kahkahkah