aku pergi jalan-jalan berseorangan hari itu
menaiki kenderaan kegemaran aku di malaysia, komuter
ya, komuter yang dikatakan lembab dan selalu tertangguh itu
aku suka naik komuter sebab aku boleh membaca tanpa sakit kepala
yang sebaliknya berlaku jika menaiki bas atau pun kereta
memandangkan aku seorang yang sangat mudah dikacau fokusnya
membaca bukanlah aktiviti yang senang dilakukan
kecuali ketika menaiki komuter atau pun kapal terbang
II
ketika aku sedang membaca
telah naik seorang buta ke dalam komuter tersebut
agak jauh daripada aku
masa itu, tempat duduk komuter itu sedang penuh
sedang aku memandang itu ada dua orang bangkit
seorang brother berumur awal 30-an berbangsa cina dengan tatu penuh di tangan
dan seorang lagi perempuan India umur dalam lingkungan 20-an
ketika itu aku berfikir akan satu perbahasan
adakah agama itu perlu dalam membina manusia bermoral ? Moral tanpa agama ? Agama tanpa moral ?
dan
aku kagum, dalam masa yang sama aku tidak berbuat apa punapakah titik mula dan titik akhir kita dalam mengenal manusia melalui rupa luarannya ?
hanya sekadar kagum pada yang lain
orang buta tersebut menerima pelawaan lelaki bertatu itu
maklumlah si buta tak mampu menghakimi rupa luaran
satu kelebihan aku kira
III
semasa duduk juga aku ditemukan dengan sepasang kekasih awal 20-an
bergurau senda, kemudian merajuk mencuka
diselit dengan mengambil gambar muka sendiri
kuat bunyi shutter kameranya
aku jangka ada lebih dua puluh kali berbunyi
aku pun tertanya
berapalah agaknya yang lepas QC dan bakal dimuat naik ke laman sosial
tentu bersepah gambar di newsfeed kawan kawannya
adakah mereka juga akan mental seperti mana aku atau pun tidak
beberapa perbahasan lain timbul
padanlah aku kalau nak ambil gambar tak tahu sama ada gambar dah diambil atau belum
aku padam bunyi shutter kamera mana nak tahu
danperanan agama dalam membantu manusia memilih perbuatan yang ingin dilakukan
jugaapakah punca kegilaan menangkap gambar sendiri dan memuat naik gambar tersebut ke laman sosial
IVdimana had dalam kita bergambar dan memuat naik hasilnya ke laman sosial
ketika turun daripada lrt,
ternampak seekor merpati dan
yang melawan lagak dan akal manusia
dia membuat sarangnya di celah celah paku dan dawai yang diletakkan untuk menghalau dia
aku tergelak keseorangan
kalau merpati yang tidak berakal itu pun berani melawan
kenapa aku yang kononnya berakal ini takut
malu, aku kalah pada merpati
kalau nak, cuba buat
kalau tak nak, cari alasan
V
membaca buku tinjauan ringkas peri ilmu dan pandangan alam
buku yang pada aku perlu berguru untuk difahami
rasa dungu melingkar semasa dan selepas membaca
agaknya faham aku kurang 1%
aku perlu berguru
yang aku boleh ulang
yang aku tokok tambahadab itu melakukan sesuatu pada tempat yang betul dipandu oleh ilmu yang bersumberkan al hikmah
aku patut memohon kerja menjadi burung kakak tua kalau ini berterusanadil itu bukanlah tidak menyebelahi mana mana pihak, tetapi menyebelahi pihak yang benar
kerana nampak gayanya aku di tahap itu sekarang ini
hahaha
nampak gayanya cadangan untuk memohon menjadi burung kakak tua itu nampak logiknya sekarangkebebasan itu adalah memilih perbuatan yang baik antara baik dan buruk, lebih baik antara baik dan baik, paling baik antara sangat baik dan sangat baik yang dibantu oleh akal yang sihat. Bebas dari pengaruh sifat haiwan/nafsu yang inginkan pilihan yang banyaknya buruk. Bersifat adil pula kepada tubuh yang dipinjam
kerana berdasarkan pilihan pilihan perbuatan sebelum ini, nampaknya lebih kepada haiwan
hahaha
tetapi aku ini selalu bajet pandaimenyedari kebodohan sendiri itu adalah langkah pertama dalam mendidik diri
langkah pertama pun tak lepas lagi
hahaha
lagi satu
mengecilkan definisi perkataan perkataan penting seperti ilmu hingga hanya ilmu fikah dianggap ilmu dan hanya orang yang mahir ilmu fikah dipanggil ulama sedangkan definisi ilmu dan ulama adalah lebih luas dan tidak dibataskan kepada ilmu fikah sahaja